Skip to main content

PENDUDUK KG PANDAN BANTAH ALAMAT MEREKA DIGUNAKAN UNTUK "PENGUNDI HANTU".

Pejabat saya telah mendapat aduan dari penduduk Kg Pandan dan kawasan-kawasan berdekatan bahawa alamat rumah mereka telah digunakan untuk mendaftarkan "pengundi hantu".

Kg Pandan adalah di dalam kawasan Dewan Negeri Chempaka.

Menurut mereka, mereka tidak mengenali pengundi-pengundi tersebut.

Mereka juga memaklumkan bahawa mereka telah menetap di rumah mereka sejak kampung tersebut dibuka pada tahun 60-an lagi.

Atau yang pernah mendiami rumah mereka adalah keluarga mereka sendiri seperti ibu bapa mereka.

Malah yang paling mencurigakan, pendaftaran pengundi baru tersebut berlaku selepas tahun 2008.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Pejabat saya, terdapat pertambahan pengundi yang mendadak bagi alamat-alamat yang tertentu.

Berikut adalah sebahagian dari kajian tersebut,


Lorong Kemajuan 1

 

Bil.

No. Rumah

Tahun 2007

Tahun 2011

Jumlah Penambahan

1.        

1

1

21

20

2.        

10

3

15

12

3.        

12

4

10

6

4.        

14

3

10

7

5.        

17

3

10

7

6.        

2

2

15

13

7.        

20

1

13

12

8.        

21

3

18

15

9.        

22

1

10

9

10.    

23

3

20

17

 

 

 

Jumlah

111

 

Lorong Kemajuan 2

 

Bil.

No. Rumah

Tahun 2007

Tahun 2011

Jumlah Penambahan

1.

27

8

14

6

2.

29

3

13

10

3.

3

3

13

10

4.

31

3

11

8

5.

33

3

19

16

6.

35

4

17

13

7.

36

4

13

9

8.

41

1

14

13

9.

43

3

11

8

10

44

5

12

7

11.

5

3

10

7

12.

6

6

20

14

13.

7

7

18

11

14.

9

2

15

13

 

 

 

Jumlah

145

 

Lorong Cantik 4

 

Bil.

No. Rumah

Tahun 2007

Tahun 2011

Jumlah Penambahan

1.

5

8

43

35

2.

6

3

20

17

3.

8

4

21

17

4.

1

5

15

10

 

 

 

Jumlah

79

 

Oleh itu, hasil kajian ini adalah bukti bahawa terdapat usaha-usaha yang terancang untuk memindahkan pengundi-pengundi ke dalam kawasan-kawasan Dewan Negeri tertentu di Selangor.

Mereka yang melakukan pemindahan ini mungkin berpandangan bahawa untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor melalui proses pilihan raya yang biasa kemungkinan besar tidak akan berjaya maka oleh itu gerak kerja pemindahan ini terpaksa dilakukan.

Alamat-alamat yang digunakan untuk mendaftarkan "pengundi hantu" mungkin telah dipilih oleh kerana ianya didiami oleh warga-warga emas yang mungkin tidak akan menyemak bilangan pengundi didaftarkan pada alamat rumah mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menjalankan siasatan dan melakukan tindakan yang sewajarnya berhubung pendedahan ini.

Walaupun masa untuk menyemak dan membantah untuk suku tahun ini telah tamat tetapi demi kredibliti SPR ia tidak sepatutnya mendiamkan diri.

Maka saya menunggu respon dan tindakan SPR.


Iskandar Abdul Samad

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan

Negeri Selangor /

Ahli Dewan Negeri Chempaka

25 Mei 2012

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...