Skip to main content

Kerajaan Negeri Selangor agih RM560,000 kepada 1,736 keluarga mangsa banjir Hulu Langat dan RM300,000 lagi untuk bantuan tambahan.

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2012 : Adalah tidak benar sama sekali kononnya Kerajaan Negeri Selangor tidak membantu mangsa banjir di Lembah Jaya Utara dan Dusun Tua.


Pengerusi Jawatankuada Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Samad(gambar) berkata, setiap keluarga akan mendapat RM300 daripada kerajaan negeri.


Oleh itu, di Lembah Jaya RM232,000 telah diagihkan kepada 776 keluarga. Sementara di Dusun Tua RM288,000 telah diagihkan kepada 960 keluarga.


Selain itu, jelasnya mesyuarat Exco Selangor pada 13 Mac telah meluluskan RM300,000 kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Rodziah Ismail untuk membantu mangsa-mangsa banjir tersebut.


Lembaga Zakat Selangor juga akan menambah RM300 bagi setiap keluarga


"Kerajaan negeri juga akan membantu pemilik-pemilik rumah yang rosak sama sekali sementara 2 keluarga telah berpindah ke Council Home MPAJ manakala 3 lagi sedang diproses," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Adun Chempaka memberitahu Pejabat Daerah Hulu Langat juga menyediakan makanan setiap hari untuk mangsa-mangsa tersebut di pusat perlindungan.

Iskandar juga memberitahu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke Eropah bukan untuk bercuti tetapi untuk memahami cara pengurusan industri air di UK.

 

(Gambar: Khalid melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Hulu Langat, 8 Mac lalu.)

 

"Ini penting kerana Kerajaan Selangor sedang berusaha untuk mengambil alih industri air di negeri ini," jelasnya lagi.

 

Katanya lagi, MB juga akan membuat pembentangan di seminar dan mengadakan dialog di Perancis dan UK.

 

"Ini juga penting untuk mengangkat nama Selangor di peringkat antarabangsa," ujarnya - Harakahdaily.

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...