Skip to main content

ULASAN KEPADA BELANJAWAN NEGERI SELANGOR 2012

Di dalam belanjawan yang dibentangkan oleh YAB Dato' Menteri Besar hari ini, Kerajaan Negeri telah menegaskan komitmen untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat.

Melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), lebih 10,000 rumah mampu milik akan dibina.

Rumah mampu milik yang telah mula dibina di Bandar Baru Bangi pada Jun tahun ini adalah jauh lebih rendah harganya dari rumah mampu milik Kerajaan Persekutuan atau PRIMA.

Rumah mampu milik Kerajaan Negeri bermula dari sekitar RM100,000 sehingga RM150,000. Harga jualan rumah PRIMA pula sehingga melebihi paras RM200,000 sebuah.

Kerajaan Negeri mahu rakyat berpendapatan di antara RM2,000 hingga RM5,000 memliki rumah. Mereka yang berpendapatan di antara RM2,000 hingga RM5,000 tidak akan memperolehi pinjaman perumahan bagi rumah-rumah yang ditawarkan oleh skim PRIMA Kerajaan Persekutuan.

Tetapi mereka berupaya mendapat pinjaman untuk membeli rumah mampu milik Kerajaan Negeri Selangor yang dibina oleh PKNS.

Memandangkan ramai yang mahu memiliki rumah mampu milik Kerajaan Negeri, kawalan ketat ke atas jualan akan dilaksanakan untuk memastikan mereka yang benar-benar layak memilikinya. Untuk rumah mampu milik yang sedang dibina di Bandar Baru Bangi, hampir 600 permohonan telah diterima untuk memiliki 124 unit rumah.

Kerajaan Negeri tidak mahu amalan dahulu di mana rumah-rumah yang diperuntukkan untuk mereka yang berpendapatan rendah diagihkan kepada mereka yang tidak sepatutnya atau orang-orang politik dan saudara mara mereka.

Oleh itu, nama-nama mereka yang dipilih untuk memiliki rumah mampu milik akan dipamerkan di laman web Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor untuk 2 minggu selepas pemilihan.

Orang ramai boleh membuat bantahan jika mengesyaki sebarang amalan yang tidak sepatutnya.


Iskandar Abdul Samad

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...