Kerajaan Pakatan Negeri Negeri Selangor tidak pernah meluluskan sebarang perobohan rumah kediaman untuk membina lebuhraya tersebut.
Awal tahun ini Kerajaan Negeri telah menolak cadangan untuk merobohkan 80 buah rumah teres bagi membina lebuhraya itu. Cadangan tersebut telah dibuat ketika pentadbiran Barisan Nasional di Selangor.
Di percayai di antara tujuan-tujuan mereka yang menyebarkan khabar-khabar angin itu adalah,
1) Untuk memburuk-burukkan Kerajaan Negeri yang kononnya telah membenarkan perobohan itu.
2) Untuk meraih keuntungan membeli pangsapuri-pangsapuri di situ dengan harga yang murah akibat dari kejatuhan harga kesan dari khabar-khabar angin tersebut.
Satu lawatan tapak dilakukan pada 19 November lepas bersama-sama wakil-wakil Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ) dan Besraya.
Turut hadir adalah ahli-ahli Majlis MPAJ, Haji Meor Rithuan Mohd Said, Abdul Jalil Hasan dan Lee Shok Jing.
Perkara-perkara berikut telah dicadangkan untuk dilaksanakan,
1) Besraya menyegerakan kerja-kerja di kawasan komersial kerana ia menggangu perniagaan di situ akibat dari kehilangan tempat-tempat letak kereta. Ini menyebabkan kerugian kepada peniaga kerana jumlah pengunjung yang menurun.
2) Sehubungan itu MPAJ mesti menyediakan tempat letak kereta yang alternatif seperti menyediakan "side parking".
3) Besraya mesti menyediakan penghadang bunyi di mana lebuhraya itu dibina bersebelahan dengan kediaman-kediaman penduduk.
4) Besraya mesti menyediakan kemudahan-penduduk di tepi-tepi jalan seperti tempat duduk, tempat berteduh dan wakaf di samping landskap yang secukupnya.
5) Besraya mesti memastikan kerja-kerja mereka tidak mengganggu penduduk seperti menjana bunyi bising yang berlebihan, debu atau sampah sarap. Kawasan persekitaran mestilah bebas dari tanah, pasir lumpur atau sebarang halangan.
6) Besraya mesti memberitahu terlebih awal kepada orang ramai sebelum menutup sebarang laluan, lorong atau kawasan.
Iskandar A. Samad
Exco Pengurusan Bangunan Dan Setinggan /
ADUN Chempaka
Negeri Selangor
20 November 2011