Skip to main content

KENYATAAN AKHBAR PELANCARAN KEMPEN ANTI VANDALISME

Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan berkonsepkan perkongsian kos atau CERIA yang melibatkan pangsapuri kos rendah yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pemilik-pemilik pangsapuri.
 
Walau bagaimanapun skim CERIA akan menjadi sia-sia sekiranya kemudahan-kemudahan yang dibaikpulih tidak diselenggarakan dengan baik malah dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
 
Oleh itu, Pejabat Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan dengan kerjasama Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor akan melancarkan Kempen Anti Vandalisme di kawasan pangsapuri bertingkat sebagai kesinambungan kepada skim CERIA yang sedang berjalan.
 
Kempen ini juga akan melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk turut sama-sama turun padang.
 
Kempen ini akan dilancarkan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim sepertimana ketetapan berikut,
 
 
Tarikh - 13 November 2011 (Ahad)
 
Masa - 8.00 pagi hingga 1.30 petang
 
Tempat - Blok F5-F8, Flat Taman Puchong Permai, Jalan Permai 2/14, Taman Puchong Permai, 47150 Petaling Jaya.
 
 
Kempen ini akan berjalan secara berterusan dan akan dinilai tahap keberkesanannya setiap 3 bulan. Di antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sebagai sebahagian dari kempen ini adalah :
 
1.     Pengedaran risalah
2.     Senam Sihat Selangor
3.     Taklimat Keselamatan Dan Ceramah Motivasi
4.     Demonstrasi Kebakaran Dan Penyelamatan
5.     Mewujudkan kumpulan teras di pangsapuri-pangsapuri yang akan membantu membanteras vandalisme
 
Kerajaan Negeri berharap program ini akan dapat mewujudkan sikap kebertanggungjawaban terhadap hartabenda awam dan infrastuktur yang telah disediakan demi kesejahteraan bersama. Ianya diharap juga akan dapat mewujudkan "zero tolerance" terhadap tabiat anti-sosial seperti vandalisme ini.    
 
Wartawan Dan Jurufoto Dijemput Hadir Membuat Liputan  
 
Iskandar bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Negeri Selangor
11 November 2011

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...