BAHAGIAN PERTAMA :
Baru-baru ini Menteri Besar Selangor mengumumkan bahawa simpanan Kerajaan Negeri telah meningkat kepada RM1.1 bilion. Jumlah ini adalah jumlah yang tertinggi untuk 28 tahun. Malah dalam tempoh di antara bulan Januari dan Jun tahun ini, simpanan negeri telah bertambah lebih RM100 juta.
Kejayaan ini bukanlah sepenuhnya di atas usaha Menteri Besar ataupun Exco-Exco. Tetapi ianya merupakan usaha bersama semua pihak. Pimpinan kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan kerajaan telah sama-sama menyumbang kepada kejayaan ini. Malah kejayaan-kejayaan lain yang dicapai oleh Kerajaan Negeri adalah juga hasil usaha bersama ini.
Pimpinan Pakatan Rakyat di dalam Kerajaan Negeri telah berjaya merubah cara berfikir dan cara bekerja pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan kerajaan. Walaupun perjalanannya masih jauh dan banyak lagi kerja yang perlu dilakukan tetapi Pakatan Rakyat telah meletakkan asas yang tepat.
Di zaman BN, kerajaan adalah tempat untuk mencari keuntungan. Sama ada perjanjian membangunkan tanah kerajaan atau kontrak menyelenggarakan bangunan, kerajaan sentiasa rugi.
Talam berhutang kepada Kerajaan Negeri lebih RM390 juta tetapi hanya disedari ketika pentadbiran Pakatan Rakyat.
Sebuah yayasan telah menandatangani perjanjian usahasama untuk memajukan tanahnya dengan pulangan hanya RM10 juta walhal nilai tanah itu adalah RM50 juta.
Tetapi semuanya telah berubah. Di bawah Pakatan Rakyat, masanya adalah bagi kerajaan pula untuk membuat untung. Tetapi untung bukan untuk Menteri Besar, Exco-Exco atau wakil rakyat tetapi untung untuk dikembalikan kepada rakyat.
Kerajaan bukan lagi lembu susu yang gemuk yang boleh diperah hingga kering. Walaupun ada di antara kita yang dijangkiti virus UMNO dan BN ini tetapi amalan sedemikian telah dapat dibendung. Jika tidak, sudah tentu kita tidak akan dapat mengumpul RM1.1 juta itu.
Sebagai negeri berkebajikan, Kerajaan Negeri memerlukan dana yang banyak untuk melaksanakan agenda-agendanya untuk membantu rakyat.
Sejak Pakatan Rakyat memerintah, kita tidak menjumpai minyak atau emas di bumi Selangor. Tetapi kenapa Kerajaan Negeri dapat melaksanakan program-program membantu rakyat yang tidak terlintas di fikiran rakyat ketika BN memerintah?
Jawapannya adalah perbelanjaan yang berhemah dan pengurusan yang lebih baik serta kreatif.
Contohnya pasir. Di zaman BN pun ada pasir. Di bawah Pakatan Rakyat, pasir ini tidak dengan tiba-tiba bertambah. Dimuntahkan dari perut bumi atau dihanyutkan dari banjaran Titiwangsa oleh Sungai Kelang atau Sungai Langat.
Tetapi di bawah BN, hasil pasir pergi kepada orang-orang politik, taukeh-taukeh dan mungkin kongsi-kongsi gelap.
Walhal Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat menubuhkan anak syarikat yang menguruskan hasil pasir untuk disalurkan balik kepada rakyat.
Di zaman BN, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri adalah sekadar RM3 hingga 4 juta setahun. Tetapi anak syarikat Kerajaan Negeri mengendalikan pasir telah memungut keuntungan RM47 juta sehingga bulan Jun tahun ini. Menakjubkan bagi tempoh lebih kurang 3 tahun. Keuntungan inilah yang telah membiayai program “Jom Shopping”.
Program “Jom Shopping” adalah di mana warga emas 60 tahun ke atas yang berdaftar dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dibawa membeli belah dengan Kerajaan Negeri membayar RM100 untuk setiap orang. RM10 juta telah diperuntukkan untuk program “Jom Shopping” ini.
Selain dari “Jom Shopping”, skim mikrokredit Kerajaan Negeri untuk usahawan kecil seperti “Mimbar” dan “Skimsel” adalah juga dibiayai oleh "hasil baru". RM50 juta adalah dari hutang Talam yang berjaya dikutip.
Saya percaya cara berfikir dan cara bekerja yang baru ini bukan sahaja relevan di Shah Alam atau di pejabat-pejabat kerajaan tetapi di semua peringkat.
Bukan sahaja pimpinan Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan kerajaan yang perlu menjiwai dan mencernakan konsep yang baru ini tetapi juga para-para aktivis dan penggerak politk di peringkat akar umbi.
Tanpa perubahan sikap di kalangan mereka, hasrat-hasrat kerajaan tidak akan tercapai. Agenda-agenda kerajaan tidak akan terlaksana. Orang-orang politik pula akan memperlahankan agenda perubahan yang sedang dibawa oleh Kerajaan Negeri. Janganlah orang-orang politik pula terikut-ikut cara “orang lama” walhal pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan kerajaan telah bergerak ke hadapan.
Kata pepatah Melayu, tidak berbunyi bertepuk sebelah tangan. Begitu juga kerajaan yang tidak dapat melakukannya bersendirian. Perlu ada sokongan dari bawah dan kerjasama rapat di antara semua pihak.
Kita sudah tentu mahu Kerajaan Negeri yang hebat. Lebih cekap. Lebih berdaya saing. Tetapi tugas untuk memastikan ini berlaku adalah tanggung jawab kita bersama.
Menteri Besar kerap berucap bahawa Selangor perlu melihat kepada Australia atau Singapura. Tahap pembangunan, tahap kecekapan dan kualiti hidup rakyat yang ingin Selangor capai bukan seperti Pahang atau Negeri Sembilan. Bukanlah tujuan saya untuk memburuk-burukkan negeri-negeri lain tetapi mantan Menteri Besar, Khir Toyo, telah mengumumkan Selangor sebuah negeri maju.
Pengumuman beliau mungkin separuh benar kerana ada kawasan-kawasan di negeri ini yang lebih hebat dari Amerika Syarikat tetapi ada yang lebih dhaif dari Bangladesh. Tetapi Selangor mesti melihat ke luar bukan ke dalam lagi.
Walaupun terdapat aspek-aspek yang negeri-negeri lain lebih baik dari kita namun secara keseluruhannya kita tidak akan ke mana-mana jika kita terus menjadi sekadar juara kampung. Kita mesti bersaing di peringkat antarabangsa. Kita tidak ada pilihan lain di era globalisasi ini.
Saya juga percaya kita di Selangor memiliki tenaga pemikir, tenaga merancang dan tenaga kerja yang secukupnya untuk merealisasikan visi ini.
Ramai yang berpandangan kakitangan kerajaan selalunya lembab, tidak mesra, tidak kreatif atau senang dirasuah. Saya yakin ini berlaku kerana pemimpin politik tidak menunjukkan contoh yang baik. Bagaimana pegawai dan kakitangan kerajaan kerajaan hendak menjauhi rasuah sekiranya ia telah menjadi budaya hidup pemimpin politik?
Saya marah apabila ada mengatakan kakitangan kerajaan lembab atau kakitangan kerajaan makan rasuah. Janganlah disebabkan segelintir kita melabelkan semua kakitangan kerajaan begitu.
Saya juga marah malah lebih marah bila ada yang berkata mereka lembab dan makan rasuah sebab mereka orang Melayu. Disebabkan budaya yang dibawa oleh pemimpin UMNO seluruh umat Melayu mendapat nama yang buruk.
Selepas dilantik sebagai Exco, saya agak terkejut melihat profesionalisme, kecekapan dan komitmen para pegawai kerajaan. Sebelum ini selama 20 tahun saya berada di dalam sektor swasta, pandangan kami di dalam sektor tersebut terhadap pegawai-pegawai kerajaan adalah tidak begitu baik. Lembab, malas dan enggan bekerjasama. Walau bagaimanapun, pandangan saya berubah apabila saya menjadi Exco.
Memang ada segolongan kecil yang memberi nama buruk kepada sektor awam atau mengambil sikap untuk berkonfrontasi tetapi secara keseluruhannya saya mendapati mereka memberi bekerjasama penuh dan bersungguh-sungguh untuk memastikan agenda-agenda Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan.
Selamat berjuang!
ISKANDAR ABDUL SAMAD
YANG DIPERTUA PAS
KAWASAN PANDAN
019-298 9835
isksmd@gmail.com
(Bersambung di edisi akan datang )