KENYATAAN AKHBAR PROGRAM ADUN CHEMPAKA BERSAMA RAKYAT DAN PERASMIAN TANDAS AWAM, LAMPU TAMAN DAN LAMPU LIMPAH DI KG. BARU AMPANG.
Tarikh - 24 Julai 2011 (Ahad)
Masa - 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat - Gelanggang Bola Keranjang, Jalan Youth, Kg. Baru Ampang.
Acara-acara menarik yang akan diadakan adalah :
1.) Pemeriksaan kesihatan
2.) Peraduan mewarna kanak-kanak
3.) Demonstrasi memasak
4.) Pertunjukan mencegah kebakaran
5.) Pameran-pameran
Selain daripada itu, YB Iskandar juga akan merasmikan tandas awam, lampu taman dan lampu limpah yang disediakan dengan menggunakan peruntukan beliau.
Kemudahan-kemudahan tersebut telah diminta oleh penduduk tempatan yang menggunakan gelanggang bola keranjang tersebut dan kemudahan-kemudahan rekreasi di sana.
Wartawan dan jurufoto adalah dijemput hadir.
Pejabat Exco/Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
22 Julai 2011