Skip to main content

JAWAPAN YB ISKANDAR A. SAMAD, EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN NEGERI SELANGOR DI SIDANG DEWAN NEGERI SELANGOR BERKAITAN RUMAH MAMPU MILIK PADA 12 JULAI 2011.

KERAJAAN NEGERI MENDAHULUI KERAJAAN PERSEKUTUAN
 
Perlaksanaan rumah mampu milik Negeri Selangor telah dimulakan dalam tahun 2009 dengan perbincangan bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan beberapa pemaju swasta.
 
Oleh itu, inisiatif Kerajaan Negeri ini mendahului Kerajaan Persekutuan yang baru sahaja dilancarkan tahun ini.
 
 
TUJUAN PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK
 
Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat membeli rumah kerana,
 
1.) Mereka tidak dapat membeli rumah kos rendah kerana pendapatan isi rumah bulanan mereka lebih dari RM2,500.
 
2.) Tidak mampu membeli rumah kos tinggi.
 
Oleh itu, program ini adalah untuk mereka yang berpendapatan isi rumah bulanan di antara RM2,500 dan RM5,000.
 
Program ini adalah juga untuk golongan muda yang amat memerlukan rumah kediaman di mana 40 peratus projek rumah mampu milik PKNS adalah untuk mereka berumur di bawah 35 tahun.
 
 
SENARAI PROJEK RUMAH MAMPU MILIK PKNS
 
Cadangan pelaksanaan projek-projek rumah mampu milik PKNS adalah seperti berikut,
 
1.) Bandar Baru Bangi - 124 Unit - Telah dilancarkan dan telah dimulakan.
 
2.) Kg. Seri Temenggong, Gombak - 480 unit - Akan dilaksanakan 2011
 
3.) Kota Puteri ( Seksyen 5 - Fasa 1 ) - 162 unit - Akan dilaksanakan 2011
 
4.) Kota Puteri ( Seksyen 5 - Fasa 2 ) - 180 unit - Akan dilaksanakan 2011
 
5.) Kota Puteri ( Seksyen 8 ) - 160 unit - Akan dilaksanakan 2011 
 
6.) Kota Puteri ( Seksyen 9 - Fasa 1 ) - 200 unit - Akan dilaksanakan 2011
 
7.) Kota Puteri ( Seksyen 9 - Fasa 2 ) - 354 unit - Akan dilaksanakan 2011
 
8.) Bukit Bandaraya, Shah Alam - 246 unit - Akan dilaksanakan 2011
 
9.) U12, Shah Alam - 1,000 unit - Akan dilaksanakan 2012 hingga 2017
 
10.) U10, Bukit Cerakah - 600 unit - Akan dilaksanakan 2016 hingga 2021
 
11.) Antara Gapi, Hulu Selangor ( Seksyen 1D - Fasa 1 ) - 200 unit - Akan dilaksanakan 2011
 
12.) Antara Gapi, Hulu Selangor ( Seksyen 1D - Fasa 2 ) - 308 unit - Akan dilaksanakan 2012
 
13.) Bernam Jaya, Laman 5 - 710 - Akan dilaksanakan 2017 hingga 2021
 
14.) Bernam Jaya, Laman 9 - 440 - Akan dilaksanakan 2017 hingga 2021
 
15.) Selangor Science Park 2 ( Seksyen 4 - Fasa 1 ) - 350 unit - Akan dilaksanakan 2012
 
16.) Selangor Science Park 2 ( Seksyen 4 - Fasa 2 ) - 490 unit - Akan dilaksanakan 2013 hingga 2015
 
JUMLAH KESELURUHAN - 11,001 UNIT
 
 
PENGLIBATAN PEMAJU SWASTA
 
Selain dari rumah mampu milik yang akan dibina oleh PKNS, beberapa pemaju swasta telah bersetuju untuk membina rumah mampu milik.
 
Di antara lokasi-lokasinya setakat ini adalah di,
 
1.) U10, Shah Alam - 536 unit - Menunggu kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk meminda dari rumah kos rendah kepada rumah mampu milik.
 
2.) Sg. Long, Hulu Langat - 136 unit - Dalam pembinaan.
 
Kerajaan Negeri akan mengadakan lebih banyak rundingan dengan pemaju-pemaju swasta.
 
 
KAJIAN KEPERLUAN RUMAH MAMPU MILIK
 
Kerajaan Negeri telah melantik Unit Perunding Universiti Malaya untuk mengkaji keperluan rumah milik di Selangor.
 
Kajian ini telah berjalan dari Jun hingga Disember 2011.
 
Kerajaan Negeri telah mencadangkan kajian ini dilakukan bersama REHDA dengan kos keseluruhan RM100,000 dikongsi 50:50.
 
Tetapi REHDA telah tidak mahu turut serta maka Kerajaan Negeri telah menanggung keseluruhan kos RM100,000 itu.
 
 
BEZA RUMAH MAMPU MILIK KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
 
Kerajaan Negeri - Pendapatan isi rumah bulanan RM2,500 hingga RM5,000
Kerajaan Persekutuan - Pendapatan isi rumah bulanan RM3,000 hingga RM6,000
 
Kerajaan Negeri - Harga jualan di bawah RM100,000.
Kerajaan Persekutuan - Harga jualan RM100,000 hingga RM220,000.
 
Kerajaan Negeri - Pelbagai rekabentuk menurut keperluan - 1 bilik, 2 bilik, 3 bilik dan 4 bilik serta yang fleksibel iaitu di mana jumlah bilik boleh ditambah dan dikurangkan menurut keperluan.
Kerajaan Persekutuan - Minima 3 bilik
 
Kerajaan Negeri - Pembelian rumah pertama diutamakan
Kerajaan Persekutuan - Khusus untuk pembelian rumah pertama
 
Kerajaan Negeri - Pemilik rumah kos rendah boleh membeli rumah mampu milik setelah 5 tahun memiliki rumah kos rendah jika mahu kediaman yang lebih luas.
Kerajaan Persekutuan - Tidak dinyatakan
 
Kerajaan Negeri - Terdapat kediaman untuk golongan kurang upaya
Kerajaan Persekutuan - Tidak dinyatakan
 
Kerajaan Negeri - Terdapat kediaman untuk warga emas 
Kerajaan Persekutuan - Tidak dinyatakan
 
 
NAMA RUMAH MAMPU MILIK SELANGOR
 
Kerajaan Negeri telah menganjurkan untuk menamakan rumah mampu milik Selangor dengan hadiah pertama RM1,500.
 
Peraduan ini telah ditutup dan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan memilih pemenangnya dalam masa 2 minggu.
 
 
PENDAFTARAN UNTUK MEMBELI RUMAH MAMPU MILIK
 
Mereka yang berminat bolehlah mendaftar dengan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor yang akan membuat pemilihan pembeli.
 
 
KAWALAN KE ATAS SPEKULASI
 
Kerajaan Negeri sedang mengkaji 2 kaedah untuk memastikan tidak berlaku spekulasi di dalam pembelian rumah mampu milik,
 
1.) Menghalang sebarang jualan rumah mampu dalam masa 5 tahun selepas pemilikan dengan menghalang pindah milik.
 
2.) Mensyaratkan jualan semula rumah mampu milik hanya kepada Kerajaan Negeri dengan menghadkan keuntungan yang diperolehi.
 
 
SHAH ALAM
12 JULAI 2011

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah