Monday, August 30, 2010

KAJISELIDIK WAJARKAH WAKIL RAKYAT BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID/SURAU.

KAJISELIDIK DI SEKITAR DUN CHEMPAKA DAN KAWASAN SEKITAR TENTANG PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP ISU WAKIL RAKYAT BUKAN ISLAM MASUK KE SURAU/MASJID UTK MENYAMPAIKAN BANTUAN/MEMBERI UCAPAN.

TARIKH - Isnin 30 Ogos 2010

LOKASI KAJIAN - LRT Pandan Jaya, Pandan Kapital, Tesco, Masjid Al Azim, Ampang Point, Petronas Pandan Indah dan Shell Pandan Indah.

DILAKUKAN OLEH - Norazli Zainudin, Pegawai Penyelidik Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan.

JUMLAH RESPONDEN - 73 org.
Lelaki - 37 org (50.7%)
Perempuan - 36 org (49.3%)

SOALAN 1 - ADAKAH ANDA MENGETAHUI TENTANG BERITA WAKIL RAKYAT ISLAM YG MASUK KE SURAU DAN MENYAMPAIKAN BANTUAN/MEMBERI UCAPAN?
Tahu - 52 org (71.2%)
Tidak Tahu - 21 org (28.8%)

SOALAN 2 - JIKA DIBENARKAN OLEH HUKUM ISLAM, ADAKAH WAJAR WAKIL RAKYAT BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID/SURAU UTK MENYAMPAIKAN BANTUAN/MEMBERI UCAPAN?
Wajar - 30 org (41.1%)
Tidak Wajar - 22 org (30.1%)
Tidak Pasti - 21 org (28.8%)

SOALAN 3 - ADAKAH KERAJAAN PR SGOR LEBIH BAIK ATAU LEBIH BURUK DARI KERAJAAN BN SGOR?
Lebih baik - 24 org (32.9%)
Lebih buruk - 7 org (9.6%)
Tidak pasti - 42 org (57.5%)

*5 dari 24 org (20.8%) yg positif terhadap Kerajaan PR Sgor berpendapat tidak wajar wakil rakyat bukan Islam memasuki masjid/surau utk menyampaikan bantuan/beri ucapan.

Thursday, August 26, 2010

Wednesday, August 25, 2010

25 Ogos 2010 - Wartawan dan jurugambar Star berbuka puasa di rumah bersama keluarga

Sebahagian dari assignment mereka untuk Star Metro.

Tuesday, August 24, 2010

PENYEDIAAN KEDIAMAN DI SELANGOR MENURUT KEMAMPUAN RAKYAT

Kerajaan Negeri Selangor di dalam usaha untuk memastikan setiap warga Selangor mempunyai kediaman yang sempurna akan menggunakan pendekatan yang baru.

Penyediaan kediaman yang baru adalah berdasarkan keperluan rakyat yang mempunyai keupayaan membeli yang berbeza.

Kerajaan Negeri akan mengenalpasti bilangan jenis-jenis kediaman yang diperlukan oleh rakyat agar terdapat bilangan kediaman yang secukupnya untuk semua.

Oleh itu, Kerajaan Negeri akan mengenalpasti bilangan kediaman yang mampu dimiliki oleh mereka berpendapatan rendah yang perlu disediakan dan seterusnya untuk mereka yang berpendapatan sederhana rendah, berpendapatan sederhana dan seterusnya.

Ini untuk memastikan jumlah kediaman yang dibina adalah sesuai dengan kemampuan dan citarasa mereka yang memerlukannya.

Usaha ini juga untuk memastikan tidak ada kediaman yang tidak dapat jual.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
25 Ogos 2010

Monday, August 23, 2010

Tarawih dan moreh di Surau Lembah Maju 23 Ogos 2010

Buka puasa di Surau Taman Bakti belakang Shell 23 Ogos 2010

Dialog selepas Tarawih

Latok : Waibee saya nak cakap sikit .....
Waibee : Apa benda? Cakaplah .....
Latok : Saya cukup tak suka bila dengar ada orang PAS nak kerjasama dengan UMNO. Tak kiralah apa istilahnya, muzakarah ke, muqabalah ke, saya bagi amaran jangan PAS mimpi nak jumpa dengan Umno.
Waibee : Jangan takut. PAS ada pendirian. PAS ada dasar. Kami takkan mengkhianati perjuangan Islam. Jangan bimbang saya dah lama dalam PAS. Dari zaman Memali lagi. Saya tak pernah duduk dalam Umno. Tak pernah mimpi nak masuk Umno. Eh, eh, bukankah Latok dulu dalam Umno? Kan Latok dulu AJK Bahagian, dapat projek kiri kanan. Kalau nak kerjasama dengan Umno, Latoklah orang yang pertama. Kawan-kawan Latok ramai lagi di sana .....
Latok : Ye tak ye juga! Aku dok kata orang, aku lupa yang dulunya aku yang Umno .....
Waibee : Tahu takpe Latok!

Saturday, August 21, 2010

Orang Islam masih merempat!

Semalam lepas buka puasa bincang dengan seorang ahli Majlis dan seorang Nazir Masjid tentang ada orang Islam yang buka puasa dengan nasi dan kicap aje. Bukan di Baling atau di Sik tapi di Pandan. Di S'gor yg dulu Khir Toyo kata negeri maju. Kenapa jadi begini setelah lebih 50 tahun Merdeka? Kerajaan, ADUN, ahli Majlis atau Masjid boleh tolong tapi bukan semua dan bukan sepanjang masa. Banyak kerja perlu dilakukan. Orang bercakap tentang peluang sama rata dalam ekonomi, pendidikan dan pekerjaan tapi bagi orang Islam seperti ini perjuangan mereka adalah untuk mendapatkan sesuap nasi. Ceritanya macam zaman Jepun tapi inilah realiti org Islam yang masih jauh di belakang. Kita sibuk berbahas tentang pilihanraya kerajaan tempatan, kuota perumahan Bumiputera dan tender terbuka tetapi bagi mereka seperti ini yg duduk 10 orang serumah dua bilik, isu-isu seperti itu macam berada di planet lain. Di sebalik Umnoputera hidup mewah dgn rakan-rakan Ali Baba mereka, Bumiputera sebenar masih merempat walaupun di tengah bandar yang serba maju. Mereka tidak pandai bersuara atau menghantar memorandum. Kitalah suara mereka. Kitalah lidah mereka. Kitalah tangan mereka.

Iftar dan solat Tarawih di Masjid Al-Azim, Pandan Indah 21 Ogos 2010 Bahagian 2

Iftar dan solat Tarawih di Masjid Al-Azim, Pandan Indah 21 Ogos 2010 Bahagian 1