Pendaftaran untuk kursus pemantapan Bahasa Inggeris itu telah dibuka pada 3 Disember lepas tetapi hanya 70 peserta telah dapat diterima.
Kursus ini adalah anjuran Pusat Khidmat ADUN Chempaka, Iskandar A. Samad, yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan.
Inilah kali kedua kursus tersebut dianjurkan. Kali pertama adalah pada tahun lepas dan juga pada cuti sekolah bulan Disember.
Menurut Iskandar, tujuan kursus ini adalah meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan masyarakat terutamanya para pelajar-pelajar sekolah.
Memandangkan sambutan yang amat memberangsangkan, Iskandar berkata kursus ini mungkin akan dianjurkan pada bukan waktu cuti sekolah atau sepanjang tahun.
Kursus siri ini mengandungi 8 sessi dengan setiap sessi selama 3 jam.