PKNS batal hasrat bina pangsapuri RM180,000 tetapi akan bina rumah mampu milik generasi baru di Kg. Seri Temenggong.
Menurut perancangan asal PKNS, mereka akan membina 270 unit pangsapuri dengan harga sekitar RM180,000 sebuah. Walau bagaimanapun memandangkan keperluan perumahan mendesak bagi golongan berpendapat rendah dan sederhana, PKNS akan membina pangsapuri mampu milik dengan harga tidak lebih dari RM70,000 dan keluasan tidak kurang dari 800 kaki persegi.
Sekurang-kurangnya 500 pangsapuri akan dibina di atas tanah seluas lebih kurang 10 ekar itu.
Projek pangsapuri ini merupakan sebahagian dari usaha Kerajaan Negeri di bawah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan untuk memperkenalkan rumah mampu milik generasi baru.
PKNS juga terlibat di dalam projek 125 unit pangsapuri mampu milik di Bandar Baru Bangi yang akan dilancarkan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor pada akhir bulan Disember ini.
Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
1 Disember 2010