Pagi tadi saya telah mengadakan lawatan ke beberapa kilang di Kg. Baru Ampang berikutan aduan penduduk.
Tiga kilang telah dilawati iaitu kilang tauhu, kilang perabot dan kilang t-shirt.
Saya telah meninjau keadaan kilang-kilang itu untuk menentukan sama ada aduan penduduk adalah benar atau tidak.
Saya juga telah menasihati tuan-tuan punya kilang agar memastikan operasi mereka tidak menganggu penduduk sekeliling.
Saya akan mengadakan perbincangan dengan MPAJ dan Exco yang bertanggung jawab ke atas kilang-kilang haram tentang satu penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.
Ada kilang yang telah mendapat lesen perniagaan dari MPAJ.
Gangguan-gangguan yang selalu dilaporkan adalah bunyi bising, habuk, asap dan sisa-sisa yang dibuang ke dalam longkang atau parit.
Iskandar A. Samad
14 Disember 2010