Skip to main content

PERMOHONAN TANAH BUKAN UNTUK MENCARI KEUNTUNGAN.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim akan menyampaikan notis 5A kepada 142 penduduk Kg. Bukit Sg. Putih, Ampang pada 2 Januari ini di Auditorium MPAJ, Menara MPAJ.

Dengan notis 5A, ini bermakna tanah yang mereka telah duduki lebih dari 15 tahun itu adalah sah milik mereka.

Penyelesaian yang diusahakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor ini merupakan sebahagian dari program kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah hakmilik tanah. Terdapat ribuan rakyat yang masih belum mendapat hakmilik walaupun telah lama menduduki tanah mereka dan membina rumah-rumah mereka. Setakat ini ratusan kes yang telah berjaya diselesaikan. Contohnya terdapat mereka di Sabak Bernam yang telah menduduki tanah mereka sejak berpuluh-puluh tahun tetapi tidak mempunyai hakmilik. Di bawah Pakatan Rakyat mereka telah akhirnya secara resmi memiliki tanah dan rumah mereka.

Walau bagaimanapun terdapat kekeliruan tentang permohonan untuk tanah kerajaan. Ada yang menyangka kesemua permohonan akan diluluskan.

Di antara syarat-syarat bagi permohonan untuk dipertimbangkan adalah pemohon telah menduduki tanah tersebut untuk jangkamasa yang panjang.

Di atas tanah itu juga perlu ada rumah kediaman yang sempurna.

Pemohon juga hendaklah tinggal di atas tanah tersebut dan bukan menyewakannya kepada orang lain.

Permohonan adalah untuk rumah kediaman dan bukan untuk kedai atau bangunan perniagaan.

Hasrat kerajaan negeri adalah untuk membantu rakyat yang memerlukan rumah dan bukan untuk mereka yang ingin mengaut keuntungan dari permohonan tanah mereka.

Permohonan sekarang diproses secara berkelompok menurut daerah.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
31 Disember 2010

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...