Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2008

WAKIL RAKYAT MENJADI AHLI MAJLIS?

Ahli-ahli majlis bandaraya dan majlis perbandaran masih belum dilantik di Selangor. Walau bagaimanapun adalah diberitakan pengumuman nama-nama ahli majlis akan dibuat pada minggu ketiga bulan Mei. Pengumuman ini ditunggu-tunggu kerana terdapat keputusan-keputusan yang tertangguh yang memerlukan tindakan segera. Terdapat banyak cadangan tentang komposisi ahli-ahli majlis. Terdapat juga spekulasi-spekulasi. Ada yang berkata ramai dari NGO akan dilantik. Perlantikan ahli politik akan dikurangkan. Wakil rakyat tidak akan dilantik menjadi wakil ahli majlis. Saya kurang bersetuju dengan pendapat yang terakhir. Wakil rakyat, sama ada ahli Parlimen atau ADUN, sepatutnya mengetahui akan perkembangan di kawasan beliau. Jika dia tidak menjadi ahli majlis, tentu sekali beliau tidak akan mendapat maklumat perkembangan terkini tentang kawasan yang beliau wakili. Beliau boleh menghantar wakil ke mesyuarat ahli majlis tetapi keputusan telah dibuat apabila laporan diterima. Wakil rakyat tidak akan terl...

SIAPA "SANTA CLAUS"?

Pada 28 April lepas, saya telah mewakili Dato’ Menteri Besar untuk melancarkan sebuah buku panduan hartanah terbitan sebuah syarikat jurunilai yang tidak asing lagi di negara kita. Saya mendapat “a pleasant surprise” apabila bertemu dengan kawan-kawan lama di majlis tersebut, Abang Mat (Mohammad Sabu), Ungku Farid yang pernah memimpin PAS di Bukit Antarabangsa dan juga Ustaz Ismail Kamus. Abang Mat berkata ini kali pertama beliau berjumpa saya sejak Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan saya amat tersentuh akan kefahaman beliau apabila berkata, ”Aku tak mau kacau hang dalam 100 hari pertama”. Sebagai “orang lama” yang pernah menjadi ahli Parlimen untuk 3 penggal, kata-kata beliau itu sungguh tepat sekali. Bagi kami, Exco-Exco di Selangor, tempoh 100 hari ini amat penting. Pencapaian kami dalam 100 hari pertama ini akan menjadi kayu pengukur sama ada kerajaan campuran akan berjaya atau sebaliknya. Setiap dari kami perlu menghasilkan sesuatu yang dapat memberi impak pada 100 hari p...

Head start in housing for Iskandar

Azreen Madzlan Apr 23, 08 10:19am As the Selangor executive councillor in charge of housing, building management and squatters, Iskandar Abdul Samad feels that he is well positioned to tackle some serious problems in the state. The Chempaka representative said in an interview that he will place priority on resolving abandoned housing projects, as well as relocation of squatters. And he reckons that his training in architecture and construction has given him a head start in dealing with such issues. Edited excerpts of the interview follow. What are your plans in managing your portfolios? I’m in charge of three portfolios - housing, building management and squatters. Under the housing portfolio, there’s the problem of abandoned projects. There are about 139 abandoned housing projects in the state. We are looking into these - it’s not fair that buyers are repaying loans when the projects have been abandoned. This is the most challenging task for me now. But some of the enforcement (powe...

MASA DEPAN KITA DI TANGAN KITA

Pada hari Khamis lepas saya telah dijadualkan merasmikan mesyuarat agong PAS Cawangan Taman Bukit Teratai Fasa 2. Seperti biasa saya akan ke rumah Ustaz Hasan Yatim di mana program-program Cawangan itu sering diadakan. Walau bagaimanapun apabila saya sampai di rumah itu keadaannya gelap dan sepi. ”Adakah saya telah tersalah tarikh?”, saya bertanya kepada diri saya. Saya berpusing-pusing beberapa kali dan akhirnya mengambil keputusan untuk ke surau yang berdekatan. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati ”dewan UMNO” di hadapan surau itu adalah tempat di mana mesyuarat itu diadakan. Memang itulah sepatutnya kerana dewan itu adalah dewan orang ramai, bukan di atas tanah milik UMNO maka orang ramai tidak kira dari parti mana sekalipun boleh menggunakannya. Tahniah kepada PAS Cawangan Taman Bukit Teratai Fasa 2! Tahniah juga kepada PAS Cawangan Pandan Mewah, PAS Cawangan Taman Maju Jaya Fasa 3, PAS Cawangan Taman Kencana dan PAS Cawangan Pandan Ubudiah yang telah berjaya membebaskan pe...

PAS BERHAT-HATI?

Saya diberitahu bahawa kejayaan PAS di Selangor menjadi salah sebuah rakan kongsi kerajaan campuran mendapat perhatian gerakan Islam seluruh dunia. Kita bukan hanya diperhatikan di Jakarta tetapi di Beirut dan London. Apa tidaknya, di dalam keadaan masyarakat dunia sedang menyamakan Islam dengan keganasan setelah berlakunya peristiwa 9-11 kini sebuah gerakan Islam mendapat kuasa melalui sokongan pengundi bukan Islam. Kita di Selangor mungkin tidak terasa sangat akan impaknya tetapi bagi masyarakat Islam di luar negara ianya adalah satu perkara yang tidak masuk akal. Kita kalah di di kawasan-kawasan Melayu seperti di Sabak Bernam dan Tg. Karang tetapi menang di kawasan-kawasan campuran seperti di Ampang dan Pandan. Maka tidak hairanlah segala tindakan kita di Selangor sentiasa diperhatikan. Jika kita berjaya maka ia akan dikira bukan sahaja sebagai kejayaan sebuah gerakan Islam di Malaysia tetapi akan diraikan oleh gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia. Tetapi jika kita gagal, dunia bu...

"LAWMAKER OR WELFARE OFFICER"

Saya amat bersetuju dengan komen Tok Ngah bahawa seorang ADUN atau ahli Parlimen adalah seorang "lawmaker" dan bukan pegawai kebajikan atau "banker" "Lawmaker" atau penggubal undang-undang sepatutnya menjadi tugas utama atau "job specs" utama seorang wakil rakyat. Walaupun di negara bukan negara maju seperti Malaysia, wakil rakyat perlu juga membantu rakyat di dalam menyelesaikan masalah harian mereka seperti longkang tersumbat, sampah tidak diangkat, tidak cukup duit untuk membeli buku sekolah anak atau sokongan untuk mendapat lesen berniaga tetapi ini bukan tugas utama mereka. Memang tidak dapat dinafikan majlis-mejlis perbandaran akan bertindak dengan lebih pantas jika ada campurtangan YB tetapi kerja YB yang paling utama adalah sebagai pembuat dasar. Sebagai Exco Perumahan saya didatangi ooleh rakyat yang mahu kerajaan negeri menyelesaikan masalah perumahan mereka seperti kes-kes perumahan terbengkalai. Saya terpaksa berjumpa dengan pembeli y...

KITA TIDAK LAGI SELAMAT....

Ketika saya bekerja di sebuah projek PPRT di Lembah Pantai, saya kerap ke PJ Old Town melalui jalan belakang. Tidaklah terdapat kedai yang hebat-hebat di situ tetapi di situlah tempat saya dibesarkan. Sebelum berpindah ke Taman Seri Keramat dalam tahun 1977. Keluarga saya telah menetap di Seksyen 14 PJ dan Old Town merupakan di antara tempat yang sering saya kunjungi. Terdapat sebuah klinik yang bernama Reddy Clinic di mana saya akan di bawa oleh bapa saya bila jatuh sakit. Terdapat sebuah masjid di Jalan Othman yang merupakan masjid utama di PJ sebelum masjid bulat Seksyen 14 dibuka. Tadika atau kindergarten saya juga tidak jauh dari kawasan tersebut. Kedai-kedai di Old Town sama ada kedai makan atau kedai kain bagaikan di petik dari sebuah album foto tahun 60’an atau 70’an. Dengan begitu ramai orang-orang pencen suasananya begitu tenang tidak kira di waktu pagi atau tengah hari. Tetapi apa yang membuat saya berpijak semula di millennium ini adalah apabila mengingatkan kembali bagaima...

PERLU ADA KUMPULAN PENDESAK MELAYU?

Keperluan sebuah kumpulan pendesak Melayu atau "Malay pressure group" telah disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu (13 April). Saya mengalu-alukan kehadiran sebarang "pressure group" sekiranya ia benar-benar diwujudkan secara bebas untuk kepentingan ummah. Tetapi sekiranya ia diwujudkan semata-mata untuk membawa agenda UMNO maka kehadirannya tidak seharusnya dialu-alukan. Mungkin di dalam keadaan rakyat menolak UMNO maka ia akan digunakan sebagai satu platform bagi UMNO untuk menjadi "credible" semula. Kita sebagai manusia biasa tidak sepi dari melakukan kesilapan. Kita bukanlah "perfect". Ada perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Ada perkara yang memerlukan "second opinion". Ada perkara yang terlalu sensitif yang bukan semua orang bisa meluahkan. Maka penting sebuah "pressure group" seperti yang telah wujud sekian lama di dalam masyarakat Cina. Tetapi ia mestilah benar-benar bebas bukan menjadi bud...

APABILA TIANG LAMPU MENGAKU MENGUNDI PAS!

Pertamanya saya memohon maaf kerana tulisan saya telah terhenti untuk jangka masa yang agak lama. Kali terakhir ia diterbitkan adalah pada 12 Februari lepas. Memandangkan pilihanraya umum dan gerak kerja selepas kita berjaya membentuk kerajaan di negeri Selangor maka blog ini telah menjadi korban. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH Kita mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah berjaya merampas kerusi DUN Chempaka dari BN. Kita juga telah berjaya membentuk kerajaan di negeri Selangor walaupun sebelum ini, ia adalah sesuatu yang dianggap mustahil. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada saya kerana telah berjaya menjadi YB dan ahli Exco Negeri Selangor tetapi seperti saya sering berkata, kita sepatutnya mengucapkan tahniah kepada diri kita yang telah bertungkus lumus untuk memenangkan PAS. Terima kasih kepada semua yang telah bekerja siang dan malam untuk memastikan kejatuhan BN menjadi kenyataaan. Terima kasih khusus untuk mereka yang telah bekerja tanpa henti sejak kita memulakan usaha-usaha s...