Saya diberitahu bahawa kejayaan PAS di Selangor menjadi salah sebuah rakan kongsi kerajaan campuran mendapat perhatian gerakan Islam seluruh dunia. Kita bukan hanya diperhatikan di Jakarta tetapi di Beirut dan London.
Apa tidaknya, di dalam keadaan masyarakat dunia sedang menyamakan Islam dengan keganasan setelah berlakunya peristiwa 9-11 kini sebuah gerakan Islam mendapat kuasa melalui sokongan pengundi bukan Islam.
Kita di Selangor mungkin tidak terasa sangat akan impaknya tetapi bagi masyarakat Islam di luar negara ianya adalah satu perkara yang tidak masuk akal. Kita kalah di di kawasan-kawasan Melayu seperti di Sabak Bernam dan Tg. Karang tetapi menang di kawasan-kawasan campuran seperti di Ampang dan Pandan.
Maka tidak hairanlah segala tindakan kita di Selangor sentiasa diperhatikan. Jika kita berjaya maka ia akan dikira bukan sahaja sebagai kejayaan sebuah gerakan Islam di Malaysia tetapi akan diraikan oleh gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia. Tetapi jika kita gagal, dunia bukan sahaja akan mengatakan bahawa ini adalah kegagalan sebuah gerakan Islam di Selangor atau di Malaysia sahaja tetapi dunia akan mencemuh dan mengatakan inilah padahnya apabila sebuah gerakan Islam diberi kuasa atau diajak berkongsi kuasa.
Maka keadaannya tidaklah semudah yang disangka. Tindakan kita akan dikaitkan dengan gerakan Islam di seluruh dunia.
Pendirian kita terhadap hak-hak orang bukan atau cara kita memerintah sebagai rakan kongsi bersama orang-orang bukan Islam akan dilihat sebagai penanda aras atau "benchmark" oleh dunia.
"Oh, begini apabila Islam berkongsi kuasa", mungkin akan dikatakan oleh dunia.
Oleh itu, tidak hairanlah kita di Selangor terlampau berhati-hati. Kesilapan kita akan dirasakan dari London ke Lahore, Boston ke Beirut.
22 April 2008