Skip to main content

MASA DEPAN KITA DI TANGAN KITA

Pada hari Khamis lepas saya telah dijadualkan merasmikan mesyuarat agong PAS Cawangan Taman Bukit Teratai Fasa 2. Seperti biasa saya akan ke rumah Ustaz Hasan Yatim di mana program-program Cawangan itu sering diadakan.

Walau bagaimanapun apabila saya sampai di rumah itu keadaannya gelap dan sepi.

”Adakah saya telah tersalah tarikh?”, saya bertanya kepada diri saya.

Saya berpusing-pusing beberapa kali dan akhirnya mengambil keputusan untuk ke surau yang berdekatan. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati ”dewan UMNO” di hadapan surau itu adalah tempat di mana mesyuarat itu diadakan.

Memang itulah sepatutnya kerana dewan itu adalah dewan orang ramai, bukan di atas tanah milik UMNO maka orang ramai tidak kira dari parti mana sekalipun boleh menggunakannya.
Tahniah kepada PAS Cawangan Taman Bukit Teratai Fasa 2! Tahniah juga kepada PAS Cawangan Pandan Mewah, PAS Cawangan Taman Maju Jaya Fasa 3, PAS Cawangan Taman Kencana dan PAS Cawangan Pandan Ubudiah yang telah berjaya membebaskan penduduk dari cengkaman UMNO dan BN apabila dewan-dewan yang kononnya milik UMNO boleh digunakan orang ramai.

Saya berharap Cawangan-Cawangan lain akan dapat mencontohi mereka untuk mengambil inisiatif sendiri tanpa menunggu arahan PAS Kawasan atau ADUN-ADUN untuk mengembalikan hak kepada rakyat. Dalam banyak hal, Cawangan perlulah pro-aktif tanpa menunggu arahan PAS Kawasan. Masa adalah untuk bertindak bukan untuk bercakap.

23 April 2008

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...