Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

HARAPAN TINGGI TERHADAP PENGURUS BESAR PKNS YANG BARU

Saya dilahirkan dalam tahun 1961 di Johor Baharu. Ayah saya bekerja sebagai seorang wartawan untuk akhbar Utusan Melayu yang ketika itu beribu pejabat di Cecil Street, Singapura. Ibu saya adalah seorang guru di Johor Baharu. Dalam tahun 1962 kami sekeluarga telah berpindah ke Kuala Lumpur apabila Utusan Melayu memindahkan operasinya ke Jalan Chan Sow Lin, Sg. Besi. Kami sekeluarga menyewa rumah di Kg. Baru dan ibu saya mengajar di sebuah sekolah di Jalan Bangsar. Rumah yang kami sewa itu terletak berhampiran dengan padang bolasepak Kg. Pindah dan restoran Juara Tomyam sekarang. Sekitar tahun 1965, keluarga kami telah membeli sebuah rumah PKNS di Petaling Jaya. Ketika itu Petaling Jaya dilihat sebagai begitu jauh dari Kuala Lumpur. Tempat “jin bertendang”. Walaupun begitu heboh ketika itu tentang satu skandal di mana orang-orang Melayu telah dihalang membeli rumah-rumah PKNS kerana borang-borang permohonan mereka telah sengaja dihilangkan. Saya kurang pasti sama ada cerita ini benar ata

Sekitar Program Berkhatan Beramai-Ramai Anjuran Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam Pada 14 Disember 2008,

Program telah dirasmikan oleh ADUN Chempaka.

RM 7 JUTA UNTUK BUKIT SENTOSA DAN BUKIT BERUNTUNG.

Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk memperuntukkan RM 7 juta untuk membaiki bumbung-bumbung yang rosak pada 54 pangsapuri di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Rundingan telah diadakan bersama pihak pemaju agar lebih 1,100 pangsapuri yang tidak terjual di situ diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Menurut nilai lelongan, setiap pangsapuri itu bernilai RM 6,000 hingga RM 8,000.

BUKIT ANTARABANGSA : A GOVERNMENT MUST DO WHAT IS RIGHT AND NOT WHAT IS POPULAR

One of the earliest policies announced by the new Selangor State Government after the March 8 General Election was to ban any development on Class 3 and Class 4 hill slopes. This would mean that no development could be carried out on hill slopes 26 degrees and above. This decision was heavily criticised by the developers and their association. The state government was accused to be hostile to development. Citing that land is already scarce in Selangor, the developers argued that there would be no more land to be developed in a few years time. However, the recent tragedy in Bukit Antarabangsa had silenced these critics but with four deaths and thousands displaced, it would be insensitive for the state government to brag that they are correct to impose the ban. A government should do what is right and not what is going to be popular. The same thing goes for the current crisis in Bukit Antarabangsa. The experts have announced that almost 2,000 people need to be evacuated as their homes ar

ROMBAKAN PIMPINAN PAS NEGERI SELANGOR

Saya berharap rombakan pimpinan PAS Selangor yang dibuat pada Mesyuarat Perhubungan 21 November lepas dengan persetujuan ahli-ahlinya akan dapat memberi nafas baru kepada PAS di Selangor. Saya juga berharap tenaga-tenaga baru ini akan dapat membawa ide-ide baru. Kita perlu berani membuat perubahan. Rombakan seperti ini adalah satu perkara biasa dan tidak patut dipertikaikan. Kepimpinan adalah satu amanah dan bukan hak mana-mana individu. Setiap individu mempunyai peranan dan tugas masing-masing di dalam jemaah. Masanya adalah untuk melihat ke hadapan. Saya menyeru ahli-ahli PAS agar memberi tumpuan kepada tugas utama untuk mengembangkan dan mengukuhkan pengaruh PAS di Selangor. Janganlah ahli-ahli terperangkap dengan permainan politik musuh yang mahu melihat PAS berpecah dengan mengeksploitasi rombakan ini. Masanya adalah untuk bekerja dan bukan untuk bercakap semata-mata. Tanggung jawab kita adalah besar. Kita mungkin ada hanya 3 tahun sebelum pilihanraya umum yang akan datang. Tumpuk

ABIM pandang serius ada pihak protes fatwa

Azamin Amin Thu Nov 13, 08 1:17:39 pm MYT KUALA LUMPUR, 13 Nov (Hrkh) - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat tindakan pihak-pihak tertentu menganjurkan protes umum atau membuat kritikan terbuka terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman perlakuan tomboy ataupun pengkid serta fatwa mengenai Yoga yang sedang dipertimbangkan. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Yusri Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan sumber rujuk utama bagi umat Islam di negara ini untuk mencari penyelesaian tentang sebarang kemusykilan mengenai hal-hal agama. Katanya fatwa yang dikeluarkan akan melalui proses perbincangan yang teliti dan bersandarkan kepada sumber-sumber hukum sahih serta kaedah-kaedah perundangan Islam yang muktabar. "Oleh sebab itu, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak patut dipertikaikan dengan mudah. Jika pertikaian tetap timbul, ia hendaklah disalurkan ke proses perbincangan yang tertutup. &qu

BANTUAN MEMBAYAR SEWA RUMAH PPR DAN COUNCIL HOME

Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk membantu mereka yang tidak mampu membayar sewa rumah PPR dan Council Home mereka. Kerajaan BN pada bulan Jun 2007 telah menaikkan sewa dari RM124 kepada RM250 oleh kerana kenaikkan kos penyenggaraan. Walau bagaimanapun, ianya telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Terdapat 14 lokasi PPR dan Council Home di Selangor dengan 8.106 unit. Terdapat penduduk yang telah membantah kenaikan ini kerana mereka berpendapatan rendah dan menghadapi masalah untuk membayarnya. Oleh itu, kerajaan mengambil keputusan untuk membantu mereka yang berpendapatan isi rumah (suami dan isteri) RM1,500 ke bawah dan juga orang-orang kurang upaya (OKU). Mereka yang ingin memohon bantuan ini bolehlah menghubungi Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor di nombor telefon 03-5544 7166. Kadar sewa akan kekal pada RM250 sebulan kerana kos penyenggaraan dan baik pulih yang tinggi. Kadar sewa RM250 adalah masih di antara yang terendah di Lembah Kelang. Adalah tidak adi

Singapura pun ada kuota!

Kerajaan negeri Selangor kerap mendapat rungutan dari pemaju-pemaju perumahan tentang kuota kaum yang dikenakan ke atas mereka. Baru-baru ini di Kedah, pemaju-pemaju melalui persatuan mereka telah mengugut untuk membawa ke mahkamah jika kerajaan negeri itu berkeras untuk mengenakan kuota kaum 50:50. Ini bermakna bagi setiap pembangunan perumahan, jualannya mestilah 50 peratus kepada Bumiputera dan 50 peratus kepada bukan Bumiputera. Di Selangor, kuota ini tidak sama bagi setiap daerah, ada yang 70:30 dan ada yang 30:70. Kuota ini adalah untuk memastikan pemilikan harta yang seimbang di kalangan kaum-kaum dan integrasi kaum. Di sidang DUN Selangor yang lepas, terdapat ADUN Pakatan Rakyat yang membangkitkan polisi ini malah mengecamnya. Sebenarnya bukan sahaja negeri-negeri di Malaysia yang melaksanakan kuota kaum. Negara jiran kita, Singapura, juga melaksanakan kuota kaum bagi perumahan awam. Sebelum ini terdapat pemaju-pemaju perumahan yang berkata di Singapura tidak ada kuota, mungkin

TIADA RAYUAN SAMAN BAGI PEKEDAI WARGA ASING DI KG. PANDAN.

Saya telah mendapat banyak aduan dari penduduk Kg Pandan tentang warga Indonesia yang menjalankan perniagaan di Jalan A dan Jalan F. Rumah-rumah kediaman telah dijadikan kedai makan, kedai jamu, kedai runcit dan sebagainya. Sambungan haram kepada bangunan sedia ada telah dilakukan sehingga ada aktiviti perniagaan yang menghalang lalulintas. MPAJ selalunya akan mengeluarkan saman dan ramai akan berjumpa saya memohon saya menyokong pengurangan saman itu. Selalunya tuan rumah rakyat Malaysia akan datang dan bukan penyewa Indonesia. Tetapi oleh kerana kebimbangan penduduk, di masa akan datang, saya tidak akan menyokong sebarang pengurangan bagi saman rumah kediaman yang digunakan oleh warga asing untuk perniagaan. Saya yakin ini perlu kerana kita tidak mahu Kg Pandan menjadi kampung Indon atau kampung Bangla. MPAJ diharap akan menjalankan satu operasi dengan segera. 31 Oktober 2008

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT KHIDMAT JKP ZON CHEMPAKA 17 DAN AHLI MAJLIS MPAJ, JEAN LEE SHOK JING PADA 11 OKTOBER 2008 DI KG. BARU AMPANG.

ORANG MELAYU PUN ADA PERASAAN

Strategi BN di Selangor untuk menawan balik negeri ini kelihatan terang dan jelas. Kemenangan 8 Mac PR adalah hasil dari peningkatan undi kaum Cina dan India. Kebanyakan pengundi Melayu kekal bersama BN kecuali di bandar-bandar besar. Keyakinan terhadap MCA, MIC dan Gerakan masih belum dipulihkan, harapan untuk memenangi kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu adalah amat tipis. Fokus BN nampaknya lebih kepada pengundi Melayu. Jika mereka yang dulunya mengundi PAS atau PKR di kerusi-kerusi majoriti Melayu dapat ditarik, undi orang Cina dan India mungkin tidak lagi menjadi penentu. Isu-isu yang khusus untuk pengundi-pengundi Melayu seperti ladang babi RM100 juta, kemasukan pelajar bukan Melayu ke dalam UiTM, penggantungan pegawai MPAJ, amaran untuk merobohkan surau-surau tanpa izin dan perlantikan pengurus besar Cina bagi PKNS menjadi modal-modal UMNO dan BN. Sama ada isu-isu itu benar atau tidak, wajar atau sebaliknya, PR perlu melihat ancaman propaganda BN ini sebagai serius. Di dalam pol

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR WAJAR KALAH JIKA GAGAL BANTU PENDUDUK BUKIT SENTOSA DAN PENYEWA-PENYEWA "COUNCIL HOME" & PPR.

Masalah penduduk Bukit Sentosa dan penyewa-penyewa "Council Home" & Projek Perumahan Rakyat telah beberapa kali dibangkitkan pada sidang DUN Selangor kali ini. Penduduk 54 blok pangsapuri Bukit Sentosa juga Bukit Beruntung sedang merana kerana bumbung-bumbung rumah mereka ranap akibat angin kencang. Mereka telah menanggung kesengsaraan ini sejak 2004 dan kerajaan BN pernah membaiki 3 blok tetapi diberhentikan sebelum pilihan raya 8 Mac. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah menghantar satu kertas cadangan untuk menaiktaraf bumbung-bumbung itu yang disediakan oleh sebuah syarikat perunding jurutera. Tiga kontraktor telah menghantar sebutharga di antara RM10 hingga 12 juta. Walaupun banyak blok tidak sampai separuh penuh tetapi menjadi tanggung jawab kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah penduduk yang berhadapab dengan masalah apabila hari hujan. Kerajaan tidak seharusnya menunggu tindakan pemaju tetapi perlu bertindak segera. Jika tidak untuk semua blok serentak,

MOHON MAAF .....

Mohon maaf tidak dapat menghadiri mana-mana program dari 25-27 Oktober kerana berada di Terengganu. Isteri dah complaint, tak balik Raya di kampungnya walaupun Syawal sudah hampir berakhir! 26 Oktober 2008

JANGAN SAMPAI ADA GUNTING DALAM LIPATAN

Islam mahu kita bersikap maaf-memaafkan. Tetapi kerajaan negeri Selangor perlu bertindak bijak apabila mahu peneraju-peneraju anak-anak syarikat negeri (GLC) menebus kesilapan mereka yg lalu. Diakui ramai yg telah bekerja dgn baik dan telah menjadi mangsa keadaan tetapi ada yg telah memainkan peranan besar di dlm penyelewengan yg telah berlaku. Saya bimbang mereka akan menjadi tangan-tangan ghaib BN yg akan menggagalkan perancangan kerajaan Pakatan Rakyat. Sebagai Exco yg menjaga perumahan, perancangan telah dibuat utk GLC-GLC seperti PKNS membantu menyelesaikan masalah rakyat. Jika peneraju GLC masih mereka yg pernah terlibat dgn penyelewengan yg lampau, saya yakin perancangan membantu rakyat akan gagal. Dan jika ini berlaku, bukan GLC akan disalahkan tetapi EXCO dan kerajaan. Kerajaan Pakatan Rakyat ada 3 atau 4 tahun utk membuktikan kemampuan, tidak ada masa utk sebarang kesilapan. 26 Oktober 2008

Ucapan Penggulungan Pengerusi Jawatankuasa Tetap EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, YB Iskandar bin Abdul Samad Bagi Bajet 2009 Sidang

Pengurusan Bangunan Bajet kali di antara lain bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat. Kualiti hidup perbandaran terutamanya di kediaman bertingkat turut akan diberikan perhatian. Menurut akta yang baru, Akta 663, menetapkan kesemua kediaman bertingkat akan ditadbir atau diurus, akhirnya, oleh penduduk itu sendiri. Joint Management Board (JMB) dan akhirnya Management Corporation (MC) yang dianggotai oleh penduduk akan menjadi badan pengurus. Tetapi akta ini masih baru, penduduk mesti dibimbing dan diberi tunjuk ajar. Tugas ini sekarang dipikul oleh Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner of Building atau COB) yang merupakan Dato’-Dato’ Bandar atau Yang Dipertua-Yang Dipertua Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Masalahnya tidak ada Jabatan/Unit Khas COB untuk menyelesaikan masalah kediaman bertingkat. Ada yang menumpang di Jabatan Penilaian dan ada yang di Jabatan Bangunan. Oleh itu, amatlah penting Jabatan atau sekurang-kurangnya Unit COB diwujudkan di perin

KONSEP PARTI MENGUASAI KERAJAAN

Apabila sebuah parti politik atau gabungan parti-parti politik memenangi pilihanraya, ia akan membentuk kerajaan. Polisi kerajaan atau perjalanan kerajaan yang dibentuk mestilah menurut polisi parti atau parti-parti itu. Oleh yang demikian, mereka yang dilantik untuk menganggotai kerajaan seperti Menteri dan Exco malah perlantikan politik yang lain seperti ahli Majlis Perbandaran atau Ketua Kampung mestilah bertindak selari dengan polisi dan hasrat parti. Mereka tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi setiap tindakan dan keputusan perlulah bertepatan dengan kehendak parti. Mereka telah bertanding di dalam pilihanraya di atas platform parti atau perlantikan mereka dicadangkan oleh parti maka sudah tentu mereka perlu menurut kehendak parti. Atau sekurang-kurangnya mereka adalah “orang-orang politik” dan sudah tentunya mesti menurut kehendak atau keperluan politik. Di negeri Selangor, kawalan ini berlaku di beberapa peringkat. Keputusan-keputusan kerajaan negeri dipastikan selari dengan

KONSEP PARTI MENGUASAI KERAJAAN

Apabila sebuah parti politik atau gabungan parti-parti politik memenangi pilihanraya, ia akan membentuk kerajaan. Polisi kerajaan atau perjalanan kerajaan yang dibentuk mestilah menurut polisi parti atau parti-parti itu. Oleh yang demikian, mereka yang dilantik untuk menganggotai kerajaan seperti Menteri dan Exco malah perlantikan politik yang lain seperti ahli Majlis Perbandaran atau Ketua Kampung mestilah bertindak selari dengan polisi dan hasrat parti. Mereka tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi setiap tindakan dan keputusan perlulah bertepatan dengan kehendak parti. Mereka telah bertanding di dalam pilihanraya di atas platform parti atau perlantikan mereka dicadangkan oleh parti maka sudah tentu mereka perlu menurut kehendak parti. Atau sekurang-kurangnya mereka adalah “orang-orang politik” dan sudah tentunya mesti menurut kehendak atau keperluan politik. Di negeri Selangor, kawalan ini berlaku di beberapa peringkat. Keputusan-keputusan kerajaan negeri dipastikan selari dengan

PELUANG PERNIAGAAN UNTUK SEMUA

Gabungan Badan Kebajikan Islam DUN Teratai mahu peluang perniagaan untuk semua bangsa di pusat-pusat komersialnya. Mereka mahu gerai-gerai Bumiputera Taman Putra di hadapan Puteri Park Plaza dikekalkan malah dinaiktaraf oleh MPAJ. Mereka juga mahu gerai-gerai UPEN di hadapan pasar Taman Muda dibuka dengan segera. Sebelum gerai-gerai itu dibina, terdapat peniaga-peniaga Bumiputera yang berniaga di situ. Sebuah surau juga terdapat di situ yang digunakan oleh peniaga dan pengunjung pasar Taman Muda. Kelewatan pembukaan gerai-gerai itu mengakibatkan ramai peniaga-peniaga yang kehilangan punca pendapatan. Terdapat mereka yang mendakwa gerai-gerai di hadapan Puteri Park Plaza dan gerai-gerai UPEN dibina di tempat letak kereta atau bahu jalan dan perlu dirobohkan. Tetapi begitu juga seluruh Pasar Taman Muda dan gerai-gerai makan di Taman Putra yang dibina dan beroperasi juga di tempat letak kereta dan bahu jalan. Oleh yang demikian, kenapa bersikap pilih-kasih? Di satu masa dahulu, terdapat b

PAS KAWASAN PANDAN UNTUK SELURUH PANDAN

Sejak kemenangan PAS di kawasan DUN Chempaka pada pilihanraya umum lepas, program-program yang melibatkan pimpinan PAS seolah-olah tertumpu kepada kawasan DUN itu. Di kawasan DUN Teratai pula, DAP yang telah menang di situ kelihatan lebih menonjol dan aktif. Suasananya berbeza sebelum pilihanraya di mana PAS bergerak dengan aktif di kedua-dua kawasan DUN malah jauh lebih menonjol dari DAP di Teratai. Oleh itu, tidak hairan terdapat dakwaan bahawa organisasi PAS telah lumpuh di Teratai. MEMBEZAKAN DI ANTARA PROGRAM KERAJAAN DAN PROGRAM PARTI Kekeliruan ini mungkin berlaku kerana ramai di antara kita yang gagal membezakan di antara program-program kerajaan yang melibatkan ADUN-ADUN dan program-program Parti. Cawangan-Cawangan PAS masih aktif di Teratai. Aktiviti PAS sama ada secara langsung atau tidak langsung masih berjalan seperti biasa di Cheras Indah, Pandan Perdana, Kg. Cheras Baru, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Teratai dan Taman Kencana. Malah jentera PAS di Cheras Indah bertangg

KOS MENAIKTARAF BUMBUNG-BUMBUNG YANG ROSAK AKIBAT RIBUT DI BUKIT SENTOSA, BUKIT BERUNTUNG DAN PRIMA BERUNTUNG HAMPIR RM 12 JUTA.

Kos menaiktaraf bumbung-bumbung yang rosak akibat ribut di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dan Prima Beruntung adalah dianggarkan lebih dari RM 12 juta. 54 blok-blok rumah pangsa kos rendah di kawasan-kawasan tersebut telah menanggung kerosakan teruk lebih dari 5 tahun. Kerja-kerja membaikpulih dilakukan dari masa ke semasa tetapi satu penyelesaian jangkapanjang diperlukan. Kedudukan blok-blok itu adalah di laluan angin yang kencang. Kepingan-kepingan yang menutup bumbung telah diterbangkan oleh angin. Menurut satu cadangan yang dimajukan oleh sebuah syarikat perunding kejuruteraan, kesemua bumbung ( pitched roof ) yang sedia ada hendaklah dibuang. Dengan itu yang tinggal adalah lantai konkrit ( concrete flat slab ) di bawahnya. Rekabentuk pangsapuri-pangsapuri itu disediakan dengan dua lapis perlindungan. Yang pertama adalah bumbung biasa dan di bawahnya adalah lantai konkrit. Hanya di bawah lantai konkrit ini terdapat unit-unit kediaman. Lantai konkrit ini akan dijadikan bumbung (

CADANGAN ALTERNATIF PROJEK BUKIT BOTAK DITERIMA

Kerajaan Negeri Selangor telah menerima satu cadangan bagi menyelamatkan projek Bukit Botak di Selayang. Sebelum ini Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS telah membuat keputusan untuk memberhentikan projek tersebut yang mereka ambil alih dari sebuah syarikat swasta, Delpuri Sdn. Bhd. PKNS akan kerugian RM140 juta jika meneruskan projek ini kerana mereka akan terpaksa membina dan menjual rumah kepada penduduk dengan harga di antara RM45,000 hingga RM80,000 walaupun kos pembinaannya adalah hampir RM180,000 sebuah. Di bawah kerajaan yang terdahulu, Delpuri telah diberikan sekeping tanah seluas lebih kurang 25 ekar untuk dibangunkan bagi menampung subsidi untuk menjual rumah-rumah itu di bawah harga pasaran kepada penduduk setinggan di situ. Menurut perjanjian, penduduk akan diperuntukan sebuah rumah berkembar (semi-detached) untuk dibeli. Walau bagaimanapun apabila PKNS mengambil alih projek tersebut kerana ianya mengalami kelewatan dan hampir terbengkalai, PKNS tidak mendapa

Sejauh manakah perbezaan pendapat dibolehkan di dalam kerajaan?

Sejauh manakah perbezaan pendapat dibolehkan di dalam kerajaan? Persoalan ini berlegar-legar di kepala saya sejak saya mempertikaikan secara terbuka tindakan YB Ronnie Liew, Exco Kerajaan Tempatan & Penyelidikan Negeri Selangor, menggantung TYDP MPAJ, Abdul Hamid Hussain dari tugas setelah dia dikatakan mengarahkan perobohan sebuah kuil Hindu di Ampang Tasik. Perbezaan pasti akan berlaku walaupun kerajaan yang memerintah itu terdiri dari sebuah parti. Maka sudah tentu wajib berlaku jika ia sebuah kerajaan campuran seperti di Selangor. Setiap parti sudah tentu mempunyai prinsip, dasar, penekanan dan sejarah yang berlainan. Selepas pilihanraya umum 8 Mac, UMNO telah dipersalahkan oleh parti-parti komponen BN yang lain kerana terlalu mendominasi pakatan itu. UMNO seolah-olah tidak memberi peluang untuk berperanan kepada parti-parti seperti MCA dan MIC yang dikatakan bagaikan “lembu dicucuk hidung”. Mereka terpaksa menjadi “yes man”. Orang Cina menolak MCA kerana ia tidak berani untuk

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 & Penggantungan TYDP MPAJ

Mohon maaf kerana lama tidak update blog ini. Pada hari Isnin 22 Oktober, saya telah dimasukkan ke Hospital Pantai Indah, Pandan Indah kerana disyaki mengidap demam denggi. Di samping itu, saya juga telah terkena jangkitan paru-paru. Pada hari Rabu, doktor yang merawat saya memberitahu bahawa saya mengidap paru-paru berair atau "pneumonia". Hanyalah pada tengah-hari Jumaat 26 Oktober saya telah dibenarkan keluar setelah saya mendesak. Walau bagaimanapun, masih pening-pening dan tidak boleh meneruskan tugas seperti biasa. Amat mengecewakan kerana Ramadhan pertama sebagai wakil rakyat saya tidak dapat menziarahi kesemua surau-surau di dalam kawasan DUN saya, apa nak buat kita hanya dapat merancang. Walau bagaimanapun Selamat Hari Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua. InsyaAllah rumah terbuka DUN Chempaka akan diadakan pada hari Sabtu 11 Okober 2008, 10.30 pagi hingga 1.00 petang di Padang Pebandaran Ampang Jaya. Depan Balai Bomba Pandan Indah. Seluruh rakyat Malaysia dijem

LEMAH DALAM KUAT?

Memang tidak dapat dinafikan program-program yang melibatkan pimpinan PAS di Selangor semakin bertambah sejak kemenangan Pakatan Rakyat pada 8 Mac yang lalu. Kalau dulu hanya program-program Parti sahaja yang menonjolkan pemimpin-pemimpin Parti tetapi sekarang ini terdapat program-program kerajaan negeri yang memberi pendedahan kepada pimpinan Parti terutamanya yang menjadi ADUN atau Ahli Parlimen. Kalau dulu hanya di markas-markas sahaja tetapi sekarang di masjid, di surau, di dewan serbaguna, di balairaya malah di pejabat agensi-agensi kerajaan negeri, pimpinan PAS boleh berucap. Ini adalah satu perkembangan yang baik kerana kita akan berupaya melebar luas pengaruh Parti atau sekurang-kurang meletakkan pimpinan kita di tengah-tengah masyarakat tetapi saya agak bimbang dengan perkembangan sedemikian. Kenapa tidaknya kerana ramai di antara kita yang hanya bergerak di atas platform kerajaan negeri. Contohnya bagi kawasan-kawasan yang mempunyai ADUN, ADUN-ADUN akan menganjurkan program-p

Isu Kubur Taman Bukit Permai 2 Menjadi Rumit Dengan Campurtangan Orang Luar

Penglibatan YB Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras di dalam dialog membincang cadangan pembinaan tanah perkuburan Islam di Ampang telah menaikkan kemarahan umat Islam. Dialog yang diadakan pada 6 September lepas telah dianjurkan oleh ADUN Teratai, YB Jenice Lee Ying Ha, dan bertujuan untuk mendengar pandangan penduduk tentang cadangan tersebut. YB Tan telah dijemput oleh YB Jenice untuk mempengerusikan majlis dialog dan tindakan ini telah dibantah oleh penduduk yang menyokong pembinaan kubur kerana YB Tan adalah orang luar. YB Tan pula berkata beliau hadir kerana mahu menegakkan keadilan. Saya telah hadir pagi itu di atas arahan MB semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) dan terkejut kerana seorang ahli Parlimen dari Kuala Lumpur hadir untuk mempengerusikan dialog membincangkan isu negeri Selangor! Betul, beliau mahu menegakkan keadilan tetapi adakah negeri Selangor terlalu kekurangan orang-orang yang boleh menegakkan keadilan sehingga terpaksa memanggil orang luar? Kehadi

ORANG ISLAM PERLU JUGA PERHATIAN

DBKL mengambil tindakan pantas menukar tanda-tanda jalan dari yang mempunyai tulisan jawi kepada yang mempunyai tulisan Cina apabila dibantah oleh YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputih. Walaupun ianya melibatkan kawasan YB itu, kawasan majoriti Cina, tetapi jarang sekali DBKL begitu pantas memenuhi permintaan parti-parti pembankang. Menukar papan-papan tanda jalan bukan satu perkara yang kecil. Jadi adakah ianya bertujuan untuk mendapatkan undi-undi untuk BN atau terdapat agenda politik lain? Sudah tentu penukaran itu akan menjadikan YB Teresa “heroine” kepada pengundi-pengundi Seputih dan tidak akan menguntungkan BN. Jadi kenapa dilakukan? Saya berpendapat impak yang diharapkan bukanlah di Seputih tetapi di seluruh negara. Bukan kepada orang Cina atau masyarakat bukan Islam yang lain tetapi impak yang diharapkan adalah di kalangan orang Melayu, orang Islam. Saya yakin tindakan itu adalah untuk menimbulkan rasa “insecure” atau tidak selamat orang Melayu. Orang Melayu hendak ditakut-taku

KE MANA PERGINYA "ENGAGEMENT"?

Ada seorang pemerhati bukan Islam telah membuat ulasan di dalam internet bahawa Muktamar PAS di Ipoh baru-baru ini adalah lebih kurang sama dengan Perhimpunan Pemuda UMNO …… hanya keris sahaja yang tidak dicabut ( ….. everything but the keris ). Saya tidak mahu membincangkan kewajaran ulasan tersebut tetapi perlu diselami kenapa ulasan sedemikian boleh dihasilkan. Adakah ia pendapat seorang atau ramai yang berpendapat sedemikian? Kita boleh berhujjah bahawa ianya merupakan hak kita untuk berkata apa yang kita suka di Muktamar kita tetapi akhirnya kita perlu berdepan dengan mereka yang mula merasa curiga terhadap PAS. Mungkin bukan mereka yang berada di kawasan-kawasan “Malay heartland” seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah tetapi yang akan merasakan sebarang kesan adalah mereka di kawasan-kawasan seperti di Lembah Kelang dan di sekeliling Lembah Kinta. Memang benar kita perlu membuat penegasan tentang dasar perjuangan kita tetapi kenapa begitu “defensive”? Seolah-olah apabila kita men

MASUKLAH KE DALAM PADANG, JANGAN HANYA BERSORAK DI LUAR SAHAJA .....

Sebagai sebahagian dari pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, saya mengalu-alukan ucapan Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayub, di Muktamar di Ipoh bahawa beliau akan memantau kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat. Sebelum ini Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Salehin Mukhyi, telah menyatakan bahawa beliau akan memantau Kerajaan Negeri Selangor. ‘Check and balance’, teguran dan nasihat adalah amat penting bagi mana-mana kerajaan. Seorang profesor dari Universiti Islam Antarbangsa Malaysia memberitahu saya bahawa kerajaan Barisan Nasional yang tumbang di Selangor adalah terlalu angkuh. Sikap ini merupakan di antara penyebab kejatuhannya. Jika ia merupakan kenyataan seorang ahli politik mungkin kita akan mengatakan yang ianya “bias” tetapi dari seorang ahli akademik maka sudah tentu ianya adalah satu pendapat yang tidak didorong oleh sebarang sentimen politik. Kerajaan mesti mendengar kepada rakyat. Kepada akar umbi. Saidina Umar Al-Khattab R.A. pernah diberi amaran dengan

ADAKAH IBRAHIM ABU SHAH BERBOHONG?

Kononnya perarakan pelajar UiTM ke Bangunan SUK Shah Alam 12 Ogos 2008 merupakan tindakan sukarela. Itu kata VC UiTM, Ibrahim Abu Shah. Tetapi laporan diterima ada pelajar mendakwa dipaksa berarak atau akan dikenakan tindakan disiplin. Yang paling menarik adalah ulasan Prof. Dr. Khoo Kay Kim. Katanya dulu pun pernah dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera tetapi tidak ada sambutan. Anih sekali, saya tidak ingat sebarang perarakan ketika UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera dulu. Tetapi sekarang ada? Mungkin ini disebabkan pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan tiba. Jadi si Ibrahim Abu Shah ini memaksa pelajar-pelajar berarak sebab nak menangkan BN di Permatang Pauh. Kejam sekali........

NEGARA KEBAJIKAN ALA SINGAPURA

Beberapa minggu lepas seorang penghuni sebuah “council home” (rumah sewa majlis perbandaran) telah datang ke pejabat saya memohon kerajaan membatalkan kenaikan sewaan bulanannya. Kenaikan itu adalah satu dari legasi dari pentadbiran BN di Selangor. Menurutnya, beliau terpaksa membayar RM250, dinaikkan dari RM125 dan dengan gaji bulanan sebanyak RM750 ini bermakna lebih dari 1/3 dari gajinya adalah untuk sewa rumah. Dengan ansuran bulanan kereta RM360, tidak ada apa yang tinggal untuk beliau dan keluarganya. Bandingkan dengan penduduk Singapura. Baru-baru ini saya telah ke sana untuk melihat cara-cara negara tersebut menyelesaikan masalah perumahan dan pengurusan kawasan perumahan awam. Saya telah diberitahu bagi rakyat berpendapatan rendah atau tidak mempunyai anak atau pasangan tua yang duduk bersendirian, mereka boleh menyewa pangsapuri 1 bilik atau “studio flat” dengan kadar 25 dollar sebulan. Walau bagaimanapun pendapatan bulanan mereka mestilah kurang dari 800 dollar sebulan. Ini

PERMATANG PAUH : "REFERENDUM" ORANG MELAYU

Akhirnya segala tanda tanya terjawab. Datin Seri Wan Azizah akan berundur. Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Permatang Pauh. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, pilihanraya kecil yang akan menyusul adalah lebih dari hanya satu pertandingan di Permatang Pauh tetapi keputusannya akan menjawab beberapa persoalan. Adakah Anwar masih mempunyai tarikan? Adakah BN telah pulih dari kekalahan teruk 8 Mac yang lalu? Adakah orang Melayu yang akan kali ini bersama-sama gelombang yang mengenepikan BN di lima negeri? Pada saya soalan terakhir adalah yang paling penting. Memang tidak dinafikan, kemenangan Pakatan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor adalah hasil dari sokongan pengundi bukan Melayu. Kerajaan yang baru di negeri-negeri itu “dipaksa ke atas orang-orang Melayu oleh pengundi-pengundi bukan Melayu”. UMNO masih dapat mempertahankan kebanyakan kerusi-kerusi mereka. Di kawasan “Malay belt” Selangor seperti di Tg. Karang dan Sabak Bernam, undi BN dilaporkan bertambah. Tetapi setelah hamp

KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR

Semalam, Sabtu 26 Julai, telah diadakan program makan durian bersama ADUN Chempaka sempena kempen kesedaran alam sekitar di kawasan pangspuri Taman Dagang Fasa 3. Dua lori durian telah disediakan untuk penduduk tempatan tetapi yang datang dari seluruh DUN Chempaka. Dari pelbagai bangsa, tidak siapa yang akan menolak durian percuma. (Foto-foto akan disiarkan di masa akan datang - kabel kamera tak jumpa lagi!) Durian hanyalah tarikan, yang penting kempen kesedaran alam sekitar. Amat sesuai bagi kawasan yang dibelenggu dengan masalah tikus! Kita boleh adakan gotong-royong tetapi jika mentaliti dan sikap penduduk tidak berubah maka keadaan akan kembali seperti sebelumnya. Membuang sampah di dalam longkang, sampah tidak diletakkan di dalam plastik sampah tetapi dibuang sesuka hati dan kalau dibungkus di dalam plastik tetapi tidak diletakkan di dalam tong di rumah sampah boleh menggalakkan pembiakan tikus. Penyelesaiannya adalah di tangan penduduk bukan majlis perbandaran atau pihak-pihak la

FLASHBACK 8 MAC 2008

Keputusan tidak rasmi, BA menang besar! Harakahdaily Sat Mar 08, 08 9:31:48 pm MYT KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Keputusan tidak rasmi yang diterima oleh Harakahdaily menunjukkan peningkatan prestasi BA dalam pilihan raya kali ini. --> KELANTAN Di Kelantan, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa telah mengesahkan rakyat Kelantan memberi mandat apabila memenangi 30 kerusi negeri. KEDAH Di Kedah, sehingga berita ini ditulis (9.30pm), PAS Kedah telah memenangi 15 kerusi Dun. PULAU PINANG Manakala di Pulau Pinang, pembangkang secara tidak rasmi telah menang 24 kerusi dan mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan negeri. KUALA LUMPUR Sementara itu, di Kuala Lumpur, untuk Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo menang dengan majoriti 2,00o undi. Di Parlimen Lembah Pantai, menurut laporan Malaysiakini, Nurul Izzah (KeADILan) menang mengalahkan Sharizat Jalil (BN). Menurut sumber tidak rasmi, BN hanya menang di dua kawasan parlimen dan salah satu antaranya ialah Parlimen Putrajaya. SELANGOR Calo

PAS KETINGGALAN?

PAS ketinggaalan di dalam Pakatan Rakyat? Puas saya memikirkan dari sudut mana. Kalau dari segi kerusi yang dimenangi memang benar tetapi itu bukan salah Pakatan Rakyat. PAS hanya menang 8 kerusi walhal PKR mendapat 15 dan DAP 13. PAS telah bertanding 20 kerusi, PKR 20 dan DAP 15. Adakah PAS akan memenangi lebih kerusi jika tidak berada di dalam Pakatan? Adakah salah Pakatan yang membuat PAS gagal mendapatkan sebarang kerusi di Sabak Bernam, Tg. Karang atau Sg. Besar? Dalam kerajaan pula bagaimana? PAS dengan 8 kerusi mendapat 3 orang Exco sama dengan DAP yang ada 13 kerusi. Fikirkan! Ahli majlis dalam PBT? Memang benar PAS ketinggalan berbanding dengan DAP dan PKR. Tetapi menurut rakan-rakan lain dalam Pakatan, ini sepadan dengan kerusi yang dimenangi. PAS sudah tentu akan berkata mereka mempunyai jentera yang lengkap, mempunyai ahli di setiap ceruk negeri Selangor oleh itu wajar diberikan jumlah ahli majlis yang lebih. Mungkin ada benarnya hujjah ini kerana jumlah ahli-ahli majlis da