Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk memperuntukkan RM 7 juta untuk membaiki bumbung-bumbung yang rosak pada 54 pangsapuri di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Rundingan telah diadakan bersama pihak pemaju agar lebih 1,100 pangsapuri yang tidak terjual di situ diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Menurut nilai lelongan, setiap pangsapuri itu bernilai RM 6,000 hingga RM 8,000.
Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...