Saturday, June 12, 2010
Kalau ada bini baru jangan lupa bini lama .....
Friday, June 11, 2010
Umno tidak akan gerun ....
Laksanakan Islam : Sediakan KPI!
KPI ini sudah tentu akan berbeza bagi setiap negeri. KPI bagi Selangor tentu berbeza dari Kelantan.
KPI penting supaya jelas kepada rakyat, ahli-ahli dan rakan-rakan PR akan pendirian PAS dan agenda PAS di dalam kerajaan.
Oleh itu, kita berharap tidak ada lagi tuduhan bahawa pimpinan telah gagal atau telah mengkhianati perjuangan sebab ahli-ahli tidak faham yang mana perlu disegerakan dan yang mana perlu dikemudiankan.
DAP pun ada KPI seperti pilihanraya kerajaan tempatan yang mereka perjuangkan di negeri-negeri PR.
MUKTAMAR 2010 : Perbelanjaan Muktamar di Selangor dan Perak.
Di Selangor RM119,789.08 dan di Perak RM38,716.95.
Perwakilan itu turut bertanya adakah Selangor tidak menyumbang kepada perbelanjaan Muktamar tersebut?
Saya ingin menambah kepada penjelasan yang telah diberikan oleh Bendahari PAS Pusat.
Sebenarnya jumlah yang dicatit di dalam buku laporan Muktamar adalah jumlah yang dibelanjakan oleh PAS Pusat. Kos Muktamar di Selangor ada lebih tinggi dari RM119,789.08 yang dibelanjakan oleh PAS Pusat. Kos sebenar ada melebihi RM700,000. Jawatankuasa Pelaksana Muktamar 2010 yang tulang belakangnya PAS Selangor bertanggung jawab untuk mencari pembiayaan untuk jumlah ini.
Thursday, June 10, 2010
Hati-hati gerak saraf ini!
1. Dihebohkan oleh orang-orang tertentu kononnya ADUN nak datang program tapi ADUN tak pernah janji pun. Maka menunggulah orang ramai dan bila ADUN tak sampai, penganjur pun belasah ADUN cukup-cukup. Bukan setakat itu aje, cerita ADUN tak datang ini dijaja satu taman atau satu kampung. Kononnya masa BN tak jadi macam ni.
2. Maka datanglah orang-orang tertentu berjumpa ADUN atau pegawai-pegawai ADUN meminta yang bukan-bukan. Contoh meminta beribu-ribu ringgit kononnya nak mulakan perniagaan, nak bayar Along, kereta nak kena tarik atau rumah nak kena lelong. Tetapi bila ADUN tak dapat bagi wang tunai maka ada orang-orang yang menjaja cerita serata taman atau kampung yang ADUN kedekut. Yang kononnya ADUN BN lagi baik.
Hebat sungguh perancangan mereka. Mana tidaknya, dapat bantuan APCO kan!
( Maaf, memang betul Pekan Dong. Rumah Tengku Puji seberang sungai di Kg Durian Sebatang )
Wednesday, June 9, 2010
Singgah sebentar di Hulu Dong
Monday, June 7, 2010
Muktamar : Jangan termakan umpan musuh, ada perkara yang lebih penting.
Tahun ini nampaknya media telah mula membuat spekulasi tentang rentak perbahasan Muktamar tahun ini. Kononnya akan ada pertembungan di antara kumpulan yang pro Pakatan dan kumpulan yang pro UMNO atau Unity Government. Media seolah-olah cuba mempengaruhi para perwakilan bagaimana hendak berbahas. Adakah para perwakilan akan termakan dengan umpan ini?
Saya berharap para perwakilan akan dapat memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk memperkukuhkan Parti. Isu Unity Government telah lama berkubur. Kenapa kita mesti melayan provokasi media yang mempunyai agenda mereka tersendiri?
Tetapi apakah yang paling penting untuk dibahaskan?
Pada saya ada dua perkara iaitu,
(1) Sejauh manakah agenda-agenda PAS atau perkara-perkara yang diperjuangkan oleh PAS telah dilaksanakan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat?
(2) Sejauh manakah kedudukan PAS sebagai kerajaan atau rakan kongsi kerajaan telah dapat memperkukuhkan kedudukan PAS di negeri-negeri tersebut atau memperkukuhkan kedudukan PAS di seluruh negara?
Pada saya perkara-perkara ini lebih penting dari membincangkan perkara-perkara lain yang boleh memecahbelahkan Parti.
Saya yakin para perwakilan ingin tahu adakah perkara-perkara yang telah diperjuangkan oleh PAS selama ini telah menjadi realiti di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS atau di negeri-negeri yang sama-sama ditadbir bersama PAS.
Adakah wakil-wakil PAS di dalam kerajaan telah cukup efektif di dalam merealisasikan agenda-agenda PAS? Apakah masalah yang dihadapi oleh mereka? Apakah penyelesaiannya?
Sebelum kita menjadi kerajaan kita kerap berbahas bagaimana kita akan mendapatkan kuasa dan agenda kita jika kita mendapat kuasa. Sekarang kita telah mendapat kuasa, walaupun sedikit tetapi perlu dibahaskan apa yang telah kita lakukan dengan kuasa tersebut. Ini lebih penting dari kita membahaskan andaian itu dan andaian ini.
Satu perkara yang perlu diakui adalah kejayaan dari kacamata PKR dan DAP mungkin berbeza dari kacamata PAS. Ini tidak dapat dielakkan kerana walaupun terdapat titik pertemuan dan persefahaman tetapi prinsip dan dasar perjuangan berbeza.
Walau bagaimanapun DAP tegas di dalam usaha agar agenda parti mereka dilaksanakan atau menjadi polisi negeri. Contohnya pilihanraya kerajaan tempatan. Setiap Exco, ADUN dan MP dari DAP akan bercakap tentang pilihanraya tempatan. Akhirnya walaupun ia tidak pernah ada di dalam manifesto PAS, ia telah diluluskan oleh sidang DUN Selangor. Kerajaan Pulau Pinang telah juga mendesak SPR mengadakan pilihanraya tersebut. Selain itu pengurangan kuota perumahan Bumiputera juga melihat pimpinan DAP dengan satu nada.
PAS pula bagaimana? Apakah agenda PAS yang disuarakan dengan satu nada di negeri-negeri Pakatan? Yang mana satu pula yang telah dilaksanakan atau telah menjadi polisi negeri? Adakah kita terlalu berhati-hati atau terlalu menjaga hati? Ini perlu dibahaskan oleh perwakilan.
Perkara yang juga penting untuk dibahaskan adalah sama ada kuasa yang telah diperolehi telah dapat memperkukuhkan kedudukan PAS. Adakah ahli-ahli PAS telah bertambah? Adakah Cawangan-Cawangan PAS telah bertambah? Jika tidak, kenapa?
Sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri dan Timbalan Pesuruhjaya Negeri saya mempunyai jawapan dan pandangan-pandangan tersendiri tentang perkara-perkara tersebut. Tetapi saya amat memerlukan pandangan para perwakilan dan mendengar pengalaman dari negeri-negeri lain. Ini amat penting kerana kita telah lebih 2 tahun sejak PRU12 dan ada kurang dari 2 tahun sebelum PRU13. Sebelum kita bermimpi untuk ke Putrajaya eloklah kita menilai pencapaian-pencapaian kita supaya jika kita benar-benar sampai ke Putrajaya biarlah ianya menguntungkan Islam dan gerakan Islam.
Iskandar A. Samad
7 Jun 2010
Sunday, June 6, 2010
UMNO : Actor of the year!
Begitulah juga perangai pemimpin UMNO. Kononnya marah kepada Yahudi. Bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestin. Tapi cerita sebenar adalah sebaliknya.
Dalam diam-diam UMNO dan BN menggunakan khidmat sebuah syarikat Yahudi, APCO, untuk menaikkan imej kerajaan Malaysia. Di antara ahli lembaga pengarahnya adalah bekas pegawai agensi perisikan negara haram Israel.
Rupa-rupa kita bukan bertarung dengan UMNO dan BN sahaja tetapi kita juga berhadapan dengan kepakaran Yahudi yang dulu, kini dan selamanya memusuhi umat Islam. Adakah taktik agensi perisikan Israel di Tebing Barat digunakan di Malaysia?
Parlimen juga digemparkan dengan pendedaham bahawa konsep 1Malaysia kemungkinan diciplak dari konsep 1Israel.
Itu baru APCO. Dalam satu persidangan antarabangsa pula, kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf wakil Hamas yang telah dipilih oleh rakyat Palestin. Tetapi yang dijemput berucap adalah wakil Fatah yang telah kalah kepada Hamas di dalam pilihanraya. Wakil Hamas yang hadir telah diketepikan. Mungkin kerana Hamas dimusuhi oleh Israel maka kerajaan Malaysia pun mengenepikan Hamas. Ikut telunjuk Yahudi.
Kita pun masih ingat tahun 1997. Rakyat dibelasah oleh FRU di Masjid UM kerana membantah kehadiran pasukan kriket Israel di Malaysia. Ramai yang cedera dan ramai yang ditangkap.
Tapi sekarang UMNO mahu menjadi hero. Kononnya mereka sama-sama di dalam perjuangan menentang keganasan Yahudi. Tapi orang kampung sudah tahu. Siapa penipu dan siapa yang berlakon.
MIC UNTUNG 3 KALI, UMNO PULANG TANGAN KOSONG!
UMNO sebenarnya tidak dapat apa-apa dari kemenangan tersebut. Malah rombakan kabinet minggu lepas menunjukkan bahawa MIC yang untung besar.
Mula-mula calon MIC telah menang dan MIC mendapat seorang ahli Parlimen.
Kemudian bekas calon MIC untuk kerusi itu pada PRU 2008, G. Palanivel, telah dilantik sebagai Senator. Beliau tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil baru-baru ini kerana dikatakan tidak popular. BN telah memilih P. Kamalanathan walaupun Palanivel adalah pilihan MIC. Saya yakin perlantikan sebagai Senator ini adalah janji BN kepada MIC setelah tidak menurunkan Palanivel sebagai calon. Oleh itu, MIC mendapat seorang Senator.
Kemudian pada rombakan kabinet minggu lepas, MIC dapat lagi durian runtuh. Palanivel telah dilantik Timbalan Menteri.
Jadi MIC mendapat seorang ahli Parlimen, seorang Senator dan seorang Timbalan Menteri. Apa yang UMNO dapat?
Pemimpin UMNO berkokok seluruh negara tentang kemenangan BN tetapi pada hakikatnya UMNO pulang dari Hulu Selangor dengan tangan kosong.
AGEN INFAQ ISTIQAMAH TERIMA INSENTIF TIGA BULAN.
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Agen Infaq Istiqamah kini akan menerima insentif bersamaan tiga bulan sumbangan bagi setiap peserta baharu yang berja...
-
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Agen Infaq Istiqamah kini akan menerima insentif bersamaan tiga bulan sumbangan bagi setiap peserta baharu yang berja...
-
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan...



