Hari ini apabila berlaku sesuatu masalah rakyat akan menuntut agar Menteri turun padang dan menyelesaikannya dengan segera. Walaupun perkara tersebut boleh diselesaikan di peringkat jabatan atau oleh pegawai-pegawai kerajaan namun mereka berharap dengan perhatian Menteri tindakan kerajaan akan dapat disegerakan. Kita tidak boleh menyalahkan rakyat jika memiliki kafahaman sedemikian. Kadang-kala hanya dengan kehadiran "orang atasan" sesuatu tindakan akan berlaku. Walau bagaimanapun menyelesaikan satu masalah sahaja tidak memadai kerana masalah yang sama mungkin akan muncul di tempat-tempat lain. Penyelesaian yang terbaik adalah dengan satu tindakan atau meluluskan satu pelan atau meluluskan satu polisi yang dapat memastikan masalah yang sama tidak akan muncul sama sekali. Tidak ada gunanya jika sesuatu masalah itu dapat diselesaikan namun begitu punca sebenar masalah tersebut tidak ditangani. Akibatnya masalah yang sama akan terus berulang di tempat-tempat lain. Ketika itu Men
Dato' Iskandar Abdul Samad