Skip to main content

KENYATAAN AKHBAR NGO "HAYAT" TENTANG KETIADAAN AIR

KENYATAAN AKHBAR "HAYAT" (HAK AIR UNTUK RAKYAT) TENTANG BEKALAN AIR YANG TERPUTUS DI KAWASAN CHERAS DAN AMPANG.

HAYAT kesal dengan kegagalan Syabas untuk membekalkan air yang secukupnya di sebahagian besar taman-taman dan kampung-kampung di Cheras dan Ampang.

Terdapat taman-taman seperti Pandan Jaya, Taman Nirwana, Taman Dagang, Taman Cahaya dan Ampang Mewah yang telah tidak mendapat bekalan air lebih dari satu minggu.

Kami tidak boleh menerima alasan-alasan yang diberikan oleh Syabas kerana adalah menjadi tugas mereka untuk melakukan perancangan dan persedian agar rakyat Selangor sentiasa mendapat bekalan air bersih tanpa gangguan.

Kami tidak yakin lagi dengan keupayaan Syabas kerana telah banyak kali berlaku kejadian ketiadaan air di Selangor. Pada kami Syabas telah gagal maka adalah wajar tugas membekalkan air ini dikembalikan kepada Kerajaan Negeri.

Kegagalan demi kegagalan kepada sistem Syabas dalam tempoh beberapa hari sahaja menimbulkan pelbagai tanda tanya. Pertama kegagalan di rumah pam Wangsa Maju dan kedua di Rumah Pam Pudu Hulu.

Oleh yang demikian kami mahu satu siasatan yang terperinci untuk mengesahkan kejadian-kejadian itu bukan satu sabotaj yang dilakukan oleh mereka yang berniat untuk memburuk-burukkan Kerajaan  Negeri.

Siasatan ini mestilah melibatkan pakar-pakar yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor dan didedahkan umum.

Kami juga menuntut Syabas memulihkan bekalan air kepada kawasan-kawasan yang terlibat secepat mungkin.

Hj Arshad Ahmad
Pengerusi
Hak Air Untuk Rakyat (HAYAT)
019 352 1894
7 Januari 2013

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...