Di dalam lawatan tapak pada 21 November yang lepas, perkara-perkara berikut telah diputuskan : a) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan memantau bangunan di situ dan akan memaklumkan sekiranya ianya tidak lagi selamat untuk diduduki. b) Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor akan mengenalpasti punca pemendapan dan mencadangkan tindakan-tindakan baikpulih serta kosnya. c) Y.B. Tuan Khasim bin Abdul Aziz , selaku Pembantu EXCO bagi Infrastruktur akan mengenalpasti sumber-sumber peruntukan untuk kerja-kerja baikpulih tersebut.