Percanggahan pendapat secara terbuka oleh pemimpin-pemimpin PAS akan hanya menyebabkan PAS kurang dihormati oleh rakan-rakan Pakatan. Lebih parah lagi jika berlaku hentam menghentam. PAS akan dianggap sebagai parti yang berpecah belah dan tidak bersatu. Presiden PAS perlu bertindak dan tidak hanya berdiam diri seperti sekarang. Disiplin dalam parti sudah seperti tidak wujud lagi. Kami amat merindui akan Ustaz Hadi yang tegas dan berkarisma pada tahun-tahun 80'an dan 90'an. PAS perlu menjadi jurubicara ummah tetapi sekarang ini dilihat hanya sebagai pelakon tambahan. Sekadar untuk membekalkan tenaga-tenaga kerja bila ada demonstrasi atau pilihan raya kecil.
Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk menempatkan semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...