Skip to main content

Pentingnya 'samseng Kg Dusun'

Saya telah terbaca dalam sebuah akhbar tabloid minggu lepas tentang seorang ibu yang terpaksa menyerahkan anak dara beliau kepada seorang peniaga warga Pakistan kerana tidak mampu membayar hutang membeli 'carpet'.

Bagaimana ini boleh terjadi begini? Kenapa begitu senang warga Pakistan keluar masuk kampung, berniaga tanpa halangan dan membawa lari anak dara orang? Tidakkah ada lagi rasa cemburu pada orang-orang kampung tersebut? Begitu dayus, tidak berdaya berbuat apa-apa sekalipun.

Saya pernah menahan 2 orang warga Afrika yang berjalan di Kg. Pandan. Apabila ditanya hendak ke mana, mereka menjawab jalan-jalan. Kemudian saya bertanya, ada kawan di Kg. Pandan dan mereka menjawab tidak ada. Ditanya dari mana, mereka menjawab dari Puchong. Saya amat mencurigai kehadiran mereka kerana mereka berjalan tanpa tujuan. Akhirnya saya menyuruh mereka meninggalkan Kg. Pandan dan balik ke Puchong.

Tetapi berapa ramai orang-orang yang mencurigakan seperti ini yang ditahan oleh penduduk tempatan? Adakah penduduk tempatan masih peduli? Hendak mencuri, hendak merompak atau hendak membawa lari anak dara orang, tiada yang peduli.

Mungkin kalau ada samseng kampung seperti 'samseng Kg. Dusun', keadaannya berbeza. Setiap orang luar akan disekat. Mungkin ada baiknya juga Sharif Dol, samseng Kg. Dusun. Tidaklah di depan batang hidung kita kampung tergadai kepada orang luar.

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...