Back in Malaysia! Selepas 4 hari di PRC.
Sarapan dengan anak-anak. Isteri ada ko-kurikulum di sekolah.
Mamak memang pandai buat duit. Pernah order capati, susu suam dan telor setengah masak.
Tapi dia hendak bagi capati kari kambing, susu lembu suam dan telor ayam kampung setengah masak. 3 kali ganda harga!
Teringat makan di kedai orang Islam Uygur (Xinjiang menurut nama resmi di PRC tapi sebenarnya Turkestan Timur sebelum dijajah komunis) di Hangzhou.
2 mangkok sup, 4 ketul roti inti bebola daging kambing, 4 lidi kebab dan sebotol air mineral, lebih kurang RM6 sahaja.