Skip to main content

LALUAN ALTERNATIF LEBUHRAYA BESRAYA UNTUK ELAK PEROBOHAN RUMAH AKAN DICADANG

Terima kasih diucapkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang telah bersetuju untuk mengkaji semula laluan Lebuhraya Besraya yang pada mulanya akan menyebabkan 81 buah rumah di Taman Bakti, Pandan terpaksa diroboh.

Di dalam satu mesyuarat pada 14 Oktober lepas, saya difahamkan LLM telah membuat keputusan agar laluan tersebut dikaji semula dan laluan alternatif dicadangkan.

Keputusan ini telah disahkan oleh Pengurus Besar Besraya (M) Sdn. Bhd., Wan Salwani Wan Yusoff, di dalam emel beliau kepada saya semalam.

Pada 10 Oktober yang lepas penduduk yang telah menubuhkan satu jawatankuasa bertindak telah mengadakan satu dialog bersama LLM, Besraya dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (JKPTG). Saya telah turut hadir sebagai ADUN kawasan terbabit bersama-sama pegawai-pegawai pejabat saya.

Pada dialog tersebut penduduk telah menyatakan bantahan keras terhadap rancangan LLM dan Besraya itu. Satu memorandum telah diserahkan kepada YAB Dato' Menteri Besar Selangor melalui pejabat saya.

Memorandum ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 13 Oktober lepas dan YAB Dato' Menteri Besar Selangor telah mengarahkan supaya projek ini dibentangkan semula di dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Saya telah turut berbincang dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Selangor dan Pegawai Daerah Hulu Langat tentang laluan yang dipertikaikan ini.

Menurut maklumat yang diperolehi, projek ini telah dibentangkan di dalam mesyuarat MTES pada bulan Oktober 2006. Iaitu ketika pentadbiran Barisan Nasional. MTES telah mengarahkan satu pendengaran awam diadakan pada bulan Disember 2006. Walau bagaimanapun, sepanjang pengetahuan penduduk tidak ada pendengaran awam yang pernah dilakukan. Dialog baru-baru ini juga adalah di atas inisiatif penduduk dan segala kos ditanggung oleh penduduk.

Keputusan untuk mencari laluan alternatif ini dialu-alukan kerana cadangan asal bukan sekadar merobohkan rumah-rumah tetapi ia akan melenyapkan satu masyarakat yang telah wujud lebih dari 20 tahun.

Lebih-lebih lagi penduduk pernah dipindahkan dari kampung setinggan mereka ke rumah-rumah mereka sekarang. Adalah tidak adil untuk memaksa mereka berpindah sekali lagi.

LLM dan Besraya sepatutnya mengelakkan laluan yang akan mengakibatkan perobohan rumah-rumah. Selain dari menimbulkan kesusahan kepada penduduk, ia juga akan melibatkan kos yang tinggi. Contohnya bagi Taman Bakti, sekiranya pampasan bagi setiap rumah adalah RM500,000 maka jumlah yang perlu ditanggung adalah RM40.5 juta.

Adalah juga diharapkan LLM dan Besraya akan berbincang dengan ADUN, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan ahli-ahli Majlis di dalam menentukan laluan alternatif. Selama ini mereka telah mengenepikan ADUN, MPAJ atau ahli-ahli Majlis.

Tahniah kepada penduduk yang telah melupakan segala perbezaan di kalangan mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka. Selagi Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, hak-hak penduduk Taman Bakti tidak akan diabaikan.

Iskandar A. Samad
Pengerusi Jawatankuasa Tetap / Exco
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor /
ADUN Chempaka
17 Oktober 2010

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...