Skip to main content

PENANTIAN PEMBELI RUMAH LESTARI PUCHONG DAN SAUJANA PUCHONG AKAN BERAKHIR NOVEMBER INI

Satu mesyuarat telah diadakan pada 12 Oktober lepas untuk menyelesaikan masalah projek-projek terbengkalai 66 unit rumah teres 2 tingkat dan 209 unit rumah teres 2 tingkat di Lestari Puchong. Juga 80 unit rumah teres 1 tingkat dan 112 rumah teres 2 tingkat di Saujana Puchong.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap/EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Y.B. Tuan Iskandar bin Abdul Samad.

Ianya telah dihadiri oleh wakil-wakil Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Majlis Perbandaraan Subang Jaya (MPSJ), Suruhanjaya Perkhidmatran Air Negara (SPAN), SYABAS, pemaju dan para pembeli. Kemajuan fizikal pemajuan ini telah mencapai 100% dan hanya menunggu kelulusan dan keputusan SYABAS sebelum mendapat CF.

Syabas akan membincangkan perkara ini pada Jawatankuasa Perancangan (JKP) mereka pada 15 Oktober ini. Satu pemeriksaan akan dilakukan 18 dan 20 Oktober depan.

Adalah diharapkan penantian pembeli selama lebih 5 tahun akan berakhir selewat-lewatnya pada bulan November ini. Kunci-kunci akan diserahkan kepada pemilik sebelum akhir tahun ini.
Kedua-dua projek ini adalah di antara projek-projek terbengkalai yang dipantau secara dekat oleh Pasukan Khas Projek Terbengkalai, Pejabat EXCO.

Pasukan ini telah bertindak sebagai fasilitator untuk memastikan projek-projek yang dipantau berjalan dengan lancar.


Y.B. Tuan Iskandar Abdul Samad
EXCO/Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
13 Oktober 2010

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...