Skip to main content

MASALAH BUMBUNG DI BUKIT SENTOSA DAN BUKIT BERUNTUNG : KERAJAAN PAKATAN RAKYAT LEBIH CEPAT BERTINDAK DARI KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor lebih pantas bertindak menyelesaikan masalah bumbung penduduk Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung dari kerajaan negeri Barisan Nasional yang lepas.

 

Masalah bumbung tersebut bermula sejak tahun 2004. Tetapi hanyalah tiga tahun selepas itu Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo  pada 12 Ogos 2007 selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Selangor berjanji akan membaikpulih bumbung-bumbung yang rosak itu.

 

3 blok rumah pangsa telah dibaikpulih sebelum pilihanraya umum 2008.

 

Tetapi kerajaan Pakatan Rakyat telah memulakan kerja-kerja membaikpulih satu setengah tahun setelah mengambil alih negeri Selangor

 

Hari ini 2 blok yang 80 peratus diduduki hampir siap dibaikpulih dengan kos lebih kurang RM400,000. Blok-blok lain yang mempunyai penduduk kurang dari 50 peratus akan dibaiki secara berperingkat.

 

Saya berharap penduduk akan bersabar kerana untuk membaik pulih kesemua bumbung-bumbung itu akan melibatkan kos yang tinggi. Dianggarkan hampir RM10 juta diperlukan untuk membaiki kesemua blok-blok itu dan terdapat blok-blok yang mempunyai beberapa orang penghuni sahaja.

 

Saya juga menyeru kepada pemimpin Barisan Nasional agar tidak lagi mempolitikkan isu ini kerana mereka telah  gagal menyelesaikan masalah penduduk semasa mereka masih berkuasa.  

 

Jika Barisan Nasional mahu membantu rakyat, Kerajaan Persekutuan juga perlu membantu. Dengan ini, saya mencabar Kerajaan Persekutuan untuk menyumbang kepada kos membaik pulih bumbung-bumbung itu jika Barisan Nasional benar-benar ikhlas.

 

Lebih-lebih lagi masalah yang dihadapi oleh penduduk Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa adalah akibat perancangan yang tidak tepat oleh kerajaan Barisan Nasional.

 

Kawasan tersebut  telah dimajukan dengan pembangunan-pembangunan yang begitu pesat apabila diberitakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA akan dibina di Hulu Selangor. Pembangunan yang ada di situ hari ini adalah untuk menampung sebuah lapangan terbang antarabangsa. Walau bagaimanapun apabila KLIA dibina di Sepang, aktiviti ekonomi di kawasan itu tidak mencukupi untuk memenuhi pembangunan yang telah dimajukan.

 

Akibatnya terdapat banyak rumah-rumah dan kedai-kedai yang masih kosong hingga ke hari ini.

 

Tiga Menteri Besar Barisan Nasional telah gagal menyelesaikan masalah-masalah di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Walau bagaimanapun kerajaan negeri sekarang akan terus berusaha untuk menghidupkan kawasan tersebut.

 

Iskandar Abdul Samad

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan

Negeri Selangor

7 Januari 2010


Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...