Penduduk rumah panjang PJS1 yang masih tinggal di situ, akan dibantu oleh kerajaan negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan sebuah syarikat pemaju untuk menyewa rumah sementara sehingga rumah kos rendah mereka siap dibina. Pemaju tersebut akan mencarikan rumah-rumah sewa supaya mereka dapat berpindah keluar sebelum 31 Januari ini, kata Exco perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad. "Pemindahan ini akan membolehkan pembinaan sebuah sekolah di atas tapak rumah panjang itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Projek pembinaan sekolah tersebut, katanya, telah tertangguh untuk tempoh tiga tahun kerana menunggu keputusan tentang masa depan penduduk. "Sebelum ini rumah kos rendah penduduk telah tidak dapat dibina kerana terdapat satu tindakan mahkamah tetapi setelah berbincang dengan kerajaan negeri, pemaju telah bersetuju membina rumah kos rendah itu di tapak yang baru," katanya. Iskandar berkata, bantuan sewa untuk pendud...
Dato' Iskandar Abdul Samad