Satu majlis penyerahan surat-surat hakmilik kepada pemilik-pemilik rumah Taman Mawar, Ampang akan diadakan seperti berikut: Tarikh - 12 Disember 2010 (Ahad) Masa - 10.30 pagi Tempat - Galeri MPAJ, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur. Taman Mawar adalah kawasan perumahan yang dibina dalam tahun 1984 dan telah siap dua tahun kemudian. Ia terdiri dari 304 unit rumah kediaman dan 25 unit kedai. Pemilik telah mula berpindah masuk dalam tahun 1986. Walau bagaimanapun mereka telah tidak mendapat surat hakmilik kerana pemajunya, Musytari Development Sdn Bhd, telah gagal menjelaskan premium tanah sebanyak RM318,000.00 dan pemaju telah diisytiharkan muflis pada 18 Januari 1996. Untuk menyelesaikan masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah meluluskan beberapa perkara melalui MMKN 23/2008 pada 13 Ogos 2008, iaitu : 1.) Meluluskan pecah sempadan kepada lot-lot individu iaitu kepada pemilik-pemilik. 2.)