Bukan tujuan saya untuk membincangkan dengan panjang lebar tuntutan Hindu Rights Action Force atau Hindraf tetapi sekadar untuk berkongsi pendapat tentang impak perhimpunan 25 November itu. Tidak seperti perhimpunan Bersih pada 10 November, perhimpunan Hindraf itu kelihatan lebih ganas dengan ramai penyokong Hindraf dan pihak keselamatan mengalami kecederaan. Berdasarkan beberapa ceramah-ceramah Hindraf sebelum ini sama ada di Pulau Pinang, Banting atau Johor Baharu yang boleh ditonton di dalam laman “YouTube”, suasana panas pada perhimpunan Ahad lepas adalah sesuatu yang sudah dijangkakan. Pada pendapat saya perhimpunan itu mungkin akan memberi dua impak yang besar kepada rakyat terutamanya orang Melayu iaitu : 1. Memori perhimpunan aman Bersih mungkin akan telah terpadam kerana rakyat sekarang telah dihantui oleh babak baling-membaling dan lempar-melempar penyokong-penyokong Hindraf. 2. Orang Melayu mungkin akan merasa terancam dengan apa yang dilihat sebagai kebangkitan Hindu dan se
Dato' Iskandar Abdul Samad