Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2007

KEMUNCAK KEBODOHAN ADALAH…..

Bagi mereka yang mempelajari ilmu pentadbiran dan pengurusan sudah tentu pernah mendengar ungkapan, “Kemuncak kebodohan adalah apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan cara yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berlainan”. Contohnya mereka yang menjalankan perniagaan dengan cara yang sama seperti cara pemasaran atau produk yang sama tetapi mengharapkan hasil yang lebih baik dari sebelumnya. Perkara tersebut telah diulang oleh Dr. Mohd. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat di dalam lawatan beliau ke Kg. Pandan baru-baru ini. Bagi sebuah parti politik seperti kita, di antara ukuran kejayaannya adalah sokongan rakyat seperti penambahan ahli atau kejayaan di dalam pilihanraya. Oleh itu jika kita mengharapkan kemenangan pada pilihanraya umum yang akan datang walhal strategi dan gerakerja kita adalah sama seperti 2004 maka ianya adalah kemuncak kebodohan. Kita anjurkan ceramah, naikkan kain rentang, tampalkan poster dan edarkan risalah sama seperti 2004 tetapi kita bermimpi untuk menan...

KENAPA MALAS MELAKSANAKAN KERJA-KERJA JEMAAH?

Assalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Tuan-tuan dan puan-puan yang diberkati Allah SWT, Persoalan kenapa kita kadang-kadang malas melaksanakan tugas-tugas jamaah sentiasa akan wujud. Bagi mereka yang kerap hadir kuliah Tarbiyyah Haraki di Pejabat PAS Kawasan terutamanya pada giliran Ustaz Idris Ahmad, setiap malam Jumaat ketiga setiap bulan, sudah tentu dapat menjawab. Kitab yang dibawa oleh Ustaz Idris, “Wabak Sepanjang Jalan” atau “Afat ala Tariq” karangan Dr. Al Syed Muhammad Noh menghuraikan secara panjang lebar kenapa ada yang malas, menangguhkan dan melengah-lengahkan kerja-kerja jamaah. Penyakit berhenti atau melengah-lengahkan kerja atau Al Futur sering melanda. Tahap yang paling rendah adalah malas, menangguhkan dan melengahkan kerja sementara yang paling tinggi adalah berhenti terus. SEBAB BERLAKU AL-FUTUR Di antara sebab-sebab berlakunya Al-Futur menurut Dr. Al Syed Muhammad Noh adalah, 1. Sikap keterlaluan dan berlebih-lebihan di dalam agama. Sikap keterlaluan dan ber...

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau Ubudiah, P...

BANGSA YANG TELAH TEWAS…..

Pada 13 Januari lepas, para penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah bertindak merobohkan Surau Ehsaniah, Kg. Dato’ Harun dekat Kg. Pandan Dalam. Ianya telah dirobohkan kerana menurut pemaju Sri Seltra surau itu terletak di atas laluan paip-paip pembetungan. Ianya perlu dirobohkan dengan segera kerana kerja-kerja memasang paip perlu dilakukan dengan serta-merta. Walau bagaimanapun setakat 23 Januari, tidak ada sebarang kerja yang telah dilakukan di atas tapak surau yang telah dirobohkan. Saya tidak bercadang untuk mengulas panjang-lebar tentang keangkuhan pemaju dan kenapa kakitangan-kakitangan MPAJ lebih bersunggguh-sungguh untuk merobohkan surau dari wakil pemaju. Tetapi saya ingin menarik perhatian tuan-tuan dan puan-puan kepada komen yang dibuat oleh seorang pegawai penguatkuasa MPAJ sehari sebelum surau itu dirobohkan. Pada 11 Januari, saya telah mendapat panggilan telefon dari imam surau tersebut bahawa MPAJ telah memberitahunya surau itu akan dirobohkan pada esok...

SETIAP AHLI PERLU MEMAINKAN PERANAN MASING-MASING

Assalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Tuan-tuan dan puan-puan yang diberkati Allah SWT, Saya telah menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Terengganu. Daripada pemerhatian di kampung isteri saya, nyata sekali kerajaan negeri pimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh sedang bekerja keras untuk mempertahankan negeri yang dirampas dari PAS pada pilihanraya umum yang lepas. Terdapat banyak kemudahan-kemudahan baru yang dibina atau sedang dibina untuk rakyat. Mungkin ramai yang akan berkata dengan duit royalti minyak, kerajaan BN Terengganu tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk mengumpan rakyat dengan pelbagai gula-gula. Tetapi pembinaan di antara kemudahan-kemudahan itu tidak melibatkan kos yang begitu tinggi. Menurut pandangan saya yang telah lebih 15 tahun terlibat di dalam industri pembinaan, ianya boleh dilaksanakan dengan kos yang rendah melalui konsep gotong royong. Tetapi mengapakah ianya tidak dilaksanakan semasa pemerintahan kerajaan PAS? Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Dr...

HEBATNYA SEORANG WANITA TUA…..

Ketika itu hari sudah hampir senja. Cuaca yang mendung membuat suasana di Padang Perbandaran Ampang Jaya seperti telah melewati waktu Maghrib. Majlis Hari Raya Aidilfitri yang dirancang oleh PAS Kawasan Pandan sejak sekian lama hampir berakhir. Ramai aktivis-aktivis yang sudah lama tidak kelihatan telah turut bersama. Petugas-petugas dari Pemuda, Muslimat dan Cawangan-Cawangan telah bertungkus lumus tanpa mengenal penat dan lelah. Kehadiran begitu ramai ahli-ahli dan masyarakat setempat membuatnya di antara majlis yang paling berjaya pernah dianjurkan oleh PAS di Pandan. Ini ditambah dengan ucapan Dato’ Hassan Mohd. Ali yang hadir pada hari itu bahawa PAS di Pandan telah memilih tempat yang paling sesuai untuk diadakan sebuah majlis Hari Raya. Menurut beliau, PAS perlu diletakkan di tengah-tengah masyarakat dan tidak wajar disembunyi-sembunyikan lagi. Kehadiran penghuni-penghuni dari Rumah Orang-Orang Tua Cina Ampang dan kanak-kanak India dari sebuah rumah anak-anak yatim di Pandan Ind...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Tuan-tuan dan puan-puan yang diberkati Allah SWT, Saya rasa adalah tidak terlalu terlambat bagi saya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tuan-tuan dan puan-puan. Saya juga memohon ampun dan maaf zahir dan batin di atas segala kesilapan dan ketelanjuran. Di bulan Syawal ini marilah kita sama-sama mengucapkan syukur kerana telah berupaya melalui segala cabaran di bulan Ramadhan yang baru lalu. Marilah kita berdoa agar segala amal ibadat kita di bulan yang penuh berkat itu di terima Allah SWT. Marilah kita juga berdoa agar kita diberi peluang untuk bertemu lagi dengannya pada tahun hadapan. Tuan-tuan dan puan-puan, Ulamak telah memperumpamakan Ramadhan sebagai satu “madrasah”. “Madrasah” atau pusat pendidikan sepatutnya telah membentuk mereka yang melaluinya menjadi insan yang lebih bertaqwa. Kalau dulu mereka jarang bersolat jemaah tetapi setelah bersolat tarawih setiap malam, mereka akan rajin pergi ke masjid atau surau. Kala...

ISKANDAR ABDUL SAMAD, YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN BERCAKAP TENTANG HARAPAN BELIAU.

Apakah perancangan PAS Kawasan Pandan selepas pilihanraya umum? Kita telah membuat postmortem dan kita telah merangka strategi jangkapanjang dan jangkapendek tetapi untuk jangkamasa 12 bulan yang akan datang, kita telah mengenalpasti 3 tumpuan utama. Apakah tumpuan-tumpuan tersebut? Ianya adalah ahli-ahli PAS, para remaja dan masyarakat bukan Islam. Apa yang hendak dicapai dengan menumpukan kepada ketiga-tiga perkara ini? Bagi yang pertama, kita mahu memperkasakan ahli-ahli dan ini sekaligus akan memantapkan Cawangan-Cawangan. Kita mahu melahirkan ahli-ahli yang berilmu dan komited. Kita juga mahukan Cawangan-Cawangan sentiasa aktif sama ada pada tahun-tahun pilihanraya atau tidak. Para remaja, sama ada lelaki atau perempuan, akan dihampiri bukan semata-mata kerana matlamat politik atau pilihanraya tetapi yang paling penting untuk menyelamatkan mereka dari terlibat dengan gejala-gejala sosial. Kita tahu agenda kerajaan BN adalah untuk menjauhkan para remaja dari agama agar mereka menja...