Thursday, July 7, 2011

Menghidupkan komunisme?

Gambar-gambar di atas adalah sebuah gerai di pasar malam Pandan Indah yang menjual selipar termasuk selipar dengan gambar pemimpin komunis Che Guevara dari Cuba.

Kenapa tidak tangkap peniaga itu dan tuduh dia cuba menghidupkan komunisme?

Ramai lagi peniaga malah kedai2 yang menjual barangan seperti t shirt dan topi dengan potret Che Guevara atau El Che. Kenapa tidak ditangkap mereka? Kenapa ada 'double standard'?

Sunday, July 3, 2011

PEMBENTANGAN YB ISKANDAR A. SAMAD DI SEMINAR RUMAH MAMPU MILIK SELANGOR 2011.

TAJUK PEMBENTANGAN : RUMAH MAMPU MILIK – DASAR DAN HALATUJU KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

A) RUMAH SEBAGAI "PRIMARY NEEDS"

Perumahan adalah keperluan asas ( primary needs ).

Bukan 'secondary needs'.

Juga bukan 'tertiary needs'.

Perlu dilunaskan terlebih dahulu dari keperluan keperluan lain.

Singapura – Housing Development Board membina 90 peratus perumahan di negara itu.

Tetapi ia mendapat bantuan kewangan kerajaan – tidak dapat berdiri dengan sendiri tanpa bantuan kewangan kerajaan.

Negara kapitalis yang 'extreme'/melampau juga tidak melihat perumahan rakyat sebagai tempat untuk mencari keuntungan.

Keuntungan diperolehi dari sektor-sektor lain.

B) KESAN KEPADA NEGARA

Rakyat yang mempunyai rumah yang sempurna akan menjadi penyumbang yang produktif kepada pembangunan negara.

Tetapi rakyat tidak mempunyai rumah yang sempurna tidak akant menjadi penyumbang yang produktif.

Ia tidak akan dapat menyumbang kepada perkembangan masyarakat atau pembangunan negara.

Malah, masyarakat jugat tidak akan menjadi satu masyarakat yang stabil akibat dari perumahan yang tidak sempurna.

Kesan dan akibat kepada suami isteri,

Berlaku konflik akibat dari tekanan hidup di rumah yang tidak sempurna.

Berlaku konflik kerana tidak cukup wang sebab sebahagian besar dari pendapatan untuk membayar rumah dan kos pengangkutan.

Berlaku konflik kerana tidak terdapat 'quality time' untuk keluarga kerana masa terlalu lama untuk pergi dan balik dari kerja atau terpaksa mencari pekerjaan kedua.

Kesan dan akibat kepada anak-anak,

Tidak mendapat perhatian yang secukupnya kerana ibu atau bapa terpaksa balik lambat atau keluar awal kerana lokasi rumah terlalu jauh dari tempat
kerja atau mereka ada dua kerja.

Tidak mahu duduk di rumah akibat dari konflik yang berlaku.

Tidak mahu belajar kerana keadaan rumah tidak selesa atau tidak ada tempat yang sesuai untuk belajar.

Akhirnya terlibat dengan gejala-gejala sosial kerana tidak mahu duduk rumah, tidak mahu belajar atau tidak terdapat kemudahan rekreasi yang secukupnya.

Jenayah akan meningkat.

Masalah ini bukan hanya akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah atau sederhana rendah tetapi kepada seluruh masyarakat, kepada negara secara menyeluruh.

Apabila seorang pekerja itu dibebani dengan masalah keluarga atau kewangan ia tidak akan menjadi pekerja yang baik.

Kesan masalah sosial adalah menyeluruh kepada seluruh masyarakat, seluruh negara.

Jika dapat selesaikan masalah perumahan separuh masalah rakyat dapat diselesaikan.

Ia bukan masalah golongan berpendapatan rendah atau menengah rendah sahaja, ia masalah semua orang.

Tempias kepada semua orang.

C) LANGKAH PERTAMA – MENUKAR SIKAP

Sebelum merancang merekabentuk atau membina, sikap (attitude)
kerajaan, pemaju dan semua yang terlibat mesti berubah.

'The attitude must change'

Kita bukan hanya membina untuk mereka.

Tetapi kita membina untuk diri kita sendiri.

Walaupun kita tidak akan tinggal di dalam tetapi kesan atau sebarang masalah yang timbul darinya akan kita semua rasakan.

Jika kita tidak mahu rumah sempit, adakah kita akan membina rumah yang sempit?

Jika kita tidak mahu rumah dengan kemudahan yang tidak mencukupi, adakah kita akan membina rumaht dengan kemudahan yang tidak mencukupi?

Jika kita tidak mahu rumah dengan tempat letak kereta yang tidak mencukupi, adakah kita akan membina rumah dengan tempat letak kereta yang tidak mencukupi?

Jika sikap ini dapat ditukar, tiga suku dari masalah akan dapat diselesaikan.

D) MASALAH-MASALAH

Di antara masalah masalah adalah

1) Hanya membina bangunan dan bukan membina masyarakat.

2) Kemudahan yang tidak mencukupi.

3) Lokasi rumah yang jauh dari tempat kerja atau pusat pekerjaan.

4) Pembinaan rumah yang tidak menurut keperluan setempat.

5) Akibatnya rumah-rumah yang tidak terjual.
Kawasan perumahan yang separuh atau tiga suku kosong.

6) Menjadi kawasan-kawasan usang.

7) Menjadi sarang jenayah.

8) Lokasi di dalam pembangunan yang terpencil seperti di tepi 'sewerage
treatment plant'.

9) Satu saiz rumah untuk semua.

10) Tidak ada kepelbagaian.

11) Satu saiz untuk yang 1 anak dan 6 anak sama sahaja.

12) Memaksa semua orang membeli rumah.

13) Perlaksanaan oleh swasta, polisi oleh kerajaan negeri.

E) CADANGAN-CADANGAN

1) Di antara cadangan-cadangan penambahbaikan untuk polisi-polisi akan datang,

2) Membina masyarakat bukan sekadar membina bangunan.

3) Pembangunan yang boleh menggalakkan hidup bermasyarakat.

4) Menyediakan kemudahan yang mencukupi.

5) Kemudahan yang mencukupi.

6) Lokasi yang dekat dengan tempat kerja atau mempunyai pengangkutan awam yang secukupnya.

7) Membina menurut keperluan setempat bukan 20:20:10 atau 20 10:10 – Di Southwark 35:65 dan Di Croydon 50:50.

8) Lokasi yang adil di dalam pembangunan.

9) Pelbagaikan saiz bergantung kepada jumlah keluarga dan keperluan.

10) Tidak memaksa rakyat membeli rumah ada yang perlu menyewa.

11) Terdapat golongan masyarakat yang akan terus menjadi kumpulan 'proletariat'.

12) Penglibatan yang lebih oleh kerajaan negeri dan bukan hanya membuat polisi sahaja.

F) CADANGAN INISIATIF-INISIATIF BARU

1) Memperbanyakkan 'council home' di tempat yang ada keperluan.

2) Pembelian berkongsi bagi yang tidak mampu.

3) Integrasi sosial atau social integration dengan ruang untuk rakyat pelbagai kelas untuk berinteraksi.

4) Pembangunan semula untuk menambah rumah mampu milik di kawasan-kawasan yang hampir dengan pusat pekerjaan.

5) Insentif kepada pemaju untuk membina rumah mampu milik seperti peningkatan kepadatan.

6) Penglibatan secara aktif oleh kerajaan negeri melalui kerajaan negeri sendiri, GLC-GLC atau penubuhan GLC baru.

7) Pembinaan rumah mampu milik menurut keperluan setempat.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
5 Julai 2011

Jalil, Pak Cat dan Supira di IPD Ampang tempat di mana Sdra Shah Jahan ditahan kerana pakai baju kuning - 4 Jun 2011.

Sebelum sampai di sini saya nampak ada orang jual VCD cetak rompak secara terang-terangan di Cheras. Kenapa Polis tak tangkap? Sibuk pulak dengan orang pakai baju kuning.

Friday, July 1, 2011

Serangan Ke Atas Anak YB Iskandar A. Samad : Polis Digesa Menyiasat Dari Segala Sudut.

Saya amat berharap pihak Polis akan menyiasat dari segala sudut di dalam kejadian serangan ke atas anak saya di Pulau Pinang awal pagi Rabu.

Anak saya seorang pelajar semester kedua sebuah IPTA telah ditumbuk, disepak dan ditikam bertubi-tubi di sebuah pangsapuri di Seberang Jaya yang disewanya bersama 2 orang pelajar lain.

Pada lebih kurang jam 3 pagi, lima orang lelaki berjaya memasuki pangsapuri itu setelah mengaku diri mereka anggota Polis.

Setelah dibenarkan masuk, mereka telah menggari 2 orang rakan anak saya dan terus menyerang dan menikam anak saya.

Selepas mencederakan beliau, mereka telah membawa lari komputer riba, telefon bimbit dan dompetnya.

Pada pendapat saya, kejadian ini bukan kes rompakan biasa kerana,

1) Mereka datang ke pangsapuri itu bertujuan untuk mencari anak saya dengan memanggil nama penuhnya.

2) Mereka hanya menyerang anak saya dan tidak rakan-rakannya.

3) Mereka hanya membawa lari barang-barang anak saya dan tidak rakan-rakannya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis yang sedang menjalankan siasatan.

Saya amat menghargai akan kerjasama pihak Polis yang memaklumkan kepada saya status penyiasatan yang sedang berjalan.

Walau bagaimanapun saya berharap pihak Polis akan menyiasat dari semua sudut termasuk sudut politik.

Lebih-lebih lagi kita berada di dalam suasana di mana pihak media setiap hari meniup api permusuhan di kalangan rakyat dengan pembohongan bahawa terdapat pihak yang mahu mencetuskan huru hara. Mereka juga sentiasa berusaha untuk melaga-lagakan rakyat dengan hasutan-hasutan yang meracuni fikiran mereka.

Tetapi walau apa sekalipun motif serangan tersebut, saya berharap mereka yang bertanggung jawab akan ditahan dan didakwa secepat mungkin demi keselamatan pelajar-pelajar lain dan masyarakat di Seberang Jaya amnya.

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah menyelamatkan anak saya dari kecederaan yang lebih parah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu beliau ketika saat yang mencabar ini terutamanya kakitangan institut pengajian tinggi beliau, pihak hospital, pihak Polis, rakan-rakan beliau dan orang ramai yang telah sudi membantu.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan /
ADUN Chempaka
1 Julai 2011

Teruskan tangkapan, teruskan provokasi!

Saya difahamkan rakan Exco, YB Ronnie Liew, telah ditahan Polis malam tadi selepas satu majlis penerangan kerajaan negeri di Hulu Selangor bersama YAB Dato' Menteri Besar.

Seorang lagi rakan Exco, YB Teresa Kok, memberitahu saya bahawa YB Ronnie ditahan kerana mengajak orang ramai di ceramah tersebut menyertai 'Walk For Justice' / Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Tangkapan-tangkapan yang berkaitan dengan Bersih 2.0 seperti ini semakin bertambah.

Dari Exco kepada peniaga kecil yang menjual baju kuning. Dari ahli Parlimen kepada mereka yang datang untuk mendengar ceramah dengan berbaju kuning. Semuanya telah menjadi mangsa.

Ada rakan-rakan yang marah kepada pihak Polis. Pada saya, tidak perlu marah kepada mereka, mereka hanya menurut perintah pemimpin-pemimpin BN.

Ada pula yang marah kepada BN dan mahu tangkapan-tangkapan ini diberhentikan. Pada saya pula, teruskan tangkapan. Tangkaplah lebih ramai. Tangkaplah sesiapa sahaja yang memakai baju kuning, seluar kuning, topi kuning, jubah kuning malah apa-apa yang kuning.

Tangkapan-tangkapan ini tidak akan sama sekali menjejaskan Bersih 2.0. Tetapi mendedahkan sikap sebenar BN. Setiap tangkapan menambah kebencian rakyat. Setiap tangkapan adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan kita kuburkan bersama.

Pada hakikatnya tangkapan-tangkapan itu tidak akan menakutkan rakyat tetapi menambah maki hamun rakyat dan sumpah seranah rakyat terhadap BN.

Bukan sahaja ahli-ahli parti sahaja yang sedemikian tetapi orang awam, orang tidak berparti dan orang atas pagar telah mengakui bahawa BN sudah hilang akal di saat-saat kematiannya.

Thursday, June 23, 2011

Penyampaian bantuan Kerajaan Negeri Selangor kepada Kafa Integrasi Al Huda, Taman Bukit Teratai, Ampang.

Cek bernilai RM50,000 telah disampaikan oleh YB Iskandar A. Samad kepada Tuan Haji Ahmad Turmidzi, Pengerusi Lembaga Pengarah Kafa Integrasi Al Huda, Taman Bukit Teratai dalam satu majlis ringkas di sekolah itu pada 24 Jun lepas.

YB Iskandar pada awal tahun ini telah membuat permohonan kepada Exco Pendidikan Dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr. Hjh. Halimah Ali, untuk bantuan di bawah skim bantuan sekolah-sekolah agama.

Beberapa sekolah agama di DUN Chempaka dan Teratai telah menerima bantuan hasil dari permohonan yang dibuat oleh YB Iskandar.

Turut menerima bantuan adalah SKJC On Pong 2, Pandan Mewah yang menerima bantuan di bawah skim bantuan sekolah-sekolah Cina hasil dari permohonan yang dibuat oleh YB Iskandar.

Bersih 2.0 : Provokasi pihak Polis dikesali.

PAS Kawasan Pandan kesal dengan tindakan pihak Polis memanggil Timbalan Yang Dipertua dan Ketua Pemuda kami ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk memberi kenyataan.

Sebelum itu pada 21 Jun lepas sekumpulan anggota Polis telah datang ke Pejabat PAS Kawasan Pandan di Pandan Indah untuk mengambil gambar kain rentang Bersih yang digantung di situ.

Walau bagaimanapun, Haji Meor Rithuan Mohd Said (Timbalan Yang Dipertua) dan Sdra. Zahriezan Jamaluddin (Ketua Pemuda) telah dinasihati oleh peguam mereka untuk tidak pergi memberi kenyataan.

PAS Kawasan Pandan menyifatkan tindakan pihak Polis ini adalah satu usaha untuk menakut-nakutkan rakyat.

Adalah lebih baik jika pihak Polis menumpukan masa dan tenaga mereka untuk membanteras jenayah dan bukan membantu Barisan Nasional di dalam agenda politik mereka.

Kes ragut, samun dan pecah rumah sentiasa menghantui penduduk Ampang maka adalah lebih baik jika pihak Polis berusaha memastikan jenayah-jenayah ini dapat dapat dikawal terlebih dahulu.

YB Iskandar A. Samad
Yang Dipertua PAS
Kawasan Pandan
Selangor DE
24 Jun 2011

Wednesday, June 22, 2011

Penjualan VCD cetak rompak masih meluas

Nampaknya penjualan VCD cetak rompak masih meluas sehingga ianya dijual lebih kurang 200 meter dari Menara MPAJ di Pandan Indah.

Di pasar malam ini berhampiran Surau Sofwa, VCD-VCD bukan dijual secara 'hit and run' tetapi mempunyai petak yang khusus seperti peniaga-peniaga.

Kes seperti ini saya telah maklumkan kepada Dato' YDP MPAJ dan mahu tindakan yang sewajarnya diambil.

Jika tidak, rakyat akan mula melempar pelbagai tuduhan kepada pegawai-pegawai penguatkuasa MPAJ.

(Peniaga ini terus tutup kedai dan cabut lari setelah gambar ini diambil pada 21 Jun lepas)

Geylang Serai 3 Disember 2010 - Di manakah bas no. 13?

Dialog di Surau Jalan Kem, Pelabuhan Klang 23 Jun 2011

AGEN INFAQ ISTIQAMAH TERIMA INSENTIF TIGA BULAN.

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Agen Infaq Istiqamah kini akan menerima insentif bersamaan tiga bulan sumbangan bagi setiap peserta baharu yang berja...