Sunday, June 13, 2010

Dewan Himpunan perlu bimbingan

Dr. Mujahid Yusuf Rawa memberitahu Muktamar bahawa Dewan Himpunan Penyokong PAS perlu dibimbing. Beliau berkata dewan himpunan itu perlu berdiri dengan sendiri dan berkemampuan menganjurkan program-programnya sendiri. Tambah beliau yang merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, ahli-ahli dewan himpunan itu telah berikrar akan menjaga nama baik PAS dan mempertahankan prinsip-prinsipnya.

Sebelum itu seorang perwakilan telah mencadangkan agar dewan himpunan mempunyai program 'tarbiyyah' mereka tersendiri.

Untuk meraikan ahli-ahli himpunan, dicadangkan di Muktamar agar PAS tidak lagi menghidangkan daging lembu pada majlis-majlis yang dihadiri oleh mereka.

Selangor mohon panduan tentang pelaksanaan Islam

Wakil Selangor yang berucap di Muktamar mahu PAS Pusat mengeluarkan garispanduan tentang pelaksanaan Islam. Ketua Dewan Ulama' selepas Muktamar Dewan Ulama' telah menggesa pelaksanaan Islam di negeri-negeri PR disegerakan. Kata wakil Selangor panduan ini perlu kerana apabila pimpinan PAS Selangor menggesa kawalan ke atas arak dan judi, orang-orang PAS juga yang membantah.

Pengundi teras yang setia

Wakil Selangor turut menyokong pandangan wakil Kelantan bahawa kita perlu menjaga pengundi teras kita. Beliau menceritakan di Muktamar bagaimana imej PAS telah cuba dicalarkan oleh UMNO dengan tragedi Memali dan Ops Lalang. Malah UMNO turut melabel PAS sebagai ajaran sesat. Tetapi usaha-usaha ini gagal merentap dari PAS sokongan pengundi terasnya.

PAS melukut di tepi gantang?

Wakil Selangor yang juga Setiausaha Perhubungan, Mohd Khairuddin Osman, telah mengucapkan terima kasih kepada Unit Amal yang bertugas di Muktamar tahun ini. Beliau telah juga menyatakan penghargaan kepada Unit Amal yang telah turun bertugas setiap kali ada demonstrasi atau pilihanraya kecil. Beliau berkata Unit Amal dan jentera PAS sentiasa mendapat pujian dari rakan-rakan PR yang lain di atas komitmen mereka. Menurut Khairuddin tenaga mereka dikerah tidak kira parti mana yang bertanding. Tetapi beliau berharap biarlah selepas menang PAS juga dicari. Janganlah selepas pilihanraya, suara PAS tidak dipedulikan. Bagai melukut di tepi gantang. Betulkah perkara ini? Saya pun ada dengar Jawatankuasa PAS yang menunggu 6 bulan untuk berjumpa seorang MB tetapi masih gagal.

Saturday, June 12, 2010

Tandas di masjid-masjid di Kelantan turut di sentuh di Muktamar

Tandas di masjid-masjid dan surau-surau di Kelantan telah turut di sentuh di Muktamar.

Ada yang menyarankan agar penceramah-penceramah menekankan isu kebersihan di kuliah-kuliah. Cadangan ini timbul kerana tahap kebersihan tandas masjid yang digunakan oleh para perwakilan sungguh tidak memuaskan.

Satu Cawangan Satu Peti Undi

Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, Pengarah Pilihanraya PAS pagi ini memberitahu Muktamar bahawa kalau mana-mana Kawasan hendak bertanding pilihanraya maka kena ada sekurang-kurangnya satu Cawangan untuk setiap Peti Undi.

PAS juga membantu umat Islam di Patani dan Mindanao.

Di dalam penggulungan Muktamar pagi ini, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hubungan Luar memberitahu bahawa PAS turut membantu umat Islam Patani dan Mindanao. Tetapi untuk menjaga sensitiviti sesama negara-negara Asean, usaha-usaha ini tidak diberikan publisiti yang meluas. Selain dari itu, pimpinan PAS turut berulang alik ke Eropah untuk membantu menyelesaikan masalah umat Islam di Aceh.

Makan tengah hari di Kota Bharu.

Tandas terbersih di Kelantan.

Kelantan bukanlah terkenal dengan tandas-tandas yang bersih tetapi tandas ini Mydin depan HUSM cukup hebat.

Kita bukan Arab Badwi .....

Perwakilan Dewan Ulama' berkata keterbukaan pimpinan adalah untuk disantuni bukan untuk dikhianati.

Katanya kita selalu menceritakan kisah bagaimana Saidina Umar RA apabila dilantik menjadi khalifah meminta ditegur jika melakukan kesalahan. Kemudian bangkit seorang Arab Badwi yang berkata akan menegur Umar dengan pedang jika Umar melakukan kesalahan.

Menurut perwakilan Dewan Ulama' itu yang perlu dicontohi adalah keterbukaan Umar dan bukan cara Arab Badwi itu menegur.

PAS dan Palestin

Muktamar hari ini diberitahu bahawa orang Islam di Tanah Melayu telah memperjuangkan nasib umat Islam di Palestin sejak sebelum Perang Dunia Kedua. Bekas Yang Dipertua PAS atau Presiden PAS, Dr. Burhanuddin Al-Helmy pernah dipenjarakan di Palestin dalam tahun 1936 kerana memperjuangkan nasib umat Islam di sana. Apabila beliau pulang ke Singapura, beliau telah turut dipenjarakan kerana menentang Perjanjian Balfour yang merampas bumi Palestin dari umat Islam. Ini dilakukan melalui penulisan-penulisan beliau di dalam majalah Taman Bahagia. Oleh itu penglibatan umat Islam di Malaysia di dalam perjuangan umat Islam Palestin bukanlah satu perkara yang baru. Nasib bumi Palestin telah dibangkitkan di Muktamar-Muktamar PAS sejak tahun 60-an lagi.

AGEN INFAQ ISTIQAMAH TERIMA INSENTIF TIGA BULAN.

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Agen Infaq Istiqamah kini akan menerima insentif bersamaan tiga bulan sumbangan bagi setiap peserta baharu yang berja...