PERMOHONAN LOT-LOT GANTIAN DARI EN. YAP KON CHIANG, PUAN LEOW KIM MOOI, EN LOK WAI HONG, EN. LOW SANG DAN EN. SING HOW FOOK DARI JALAN 15, KG. BARU AMPANG.
Pejabat Ahli Dewan Negeri Chempaka telah menerima aduan pada tahun 2014 daripada pemohon-pemohon di atas bahawa mereka telah diarah keluar dari rumah-rumah mereka oleh tuan tanah. Menurut mereka, keluarga mereka telah menetap di tanah tersebut selama puluhan tahun tetapi tanah telah dipohon oleh orang lain dan telah diluluskan oleh kerajaan negeri. Sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan tersebut saya telah membawa perkara ini kepada perhatian kerajaan negeri dan akhirnya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada tahun 2015 telah bersetuju agar lot-lot tanah gantian diberikan. Dengan kerjasama Pejabat Tanah Dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah Dan Kuala Langat, satu lot tanah telah dikenalpasti di kawasan Dewan Negeri Teratai untuk pemohon-pemohon tersebut. Walau bagaimanapun sebelum permohonan itu boleh diangkat untuk kelulusan MMKN, terdapat beberapa perkara seperti berikut yang perlu diselesaikan, 1.) Persetujuan di kalangan pemohon-pemohon tentang kedudukan lot-lot ganti