Penduduk marah kenapa lif2 masih belum dibaiki walaupun telah 2 minggu peruntukan kerajaan negeri diluluskan.
Pada awalnya kerajaan negeri hendak melantik kontraktor yg boleh membaikpulih secepat mungkin. Tetapi kami dapati JMB ada kontrak penyelenggaraan dgn pembuat (manufacturer) lif - Ryoden Mitsubushi. Jika kontraktor lain menyentuh lif itu maka ia akan menjejaskan kontrak penyelenggaraan dgn Ryoden.
Oleh itu, kerajaan negeri akur kpd keputusan JMB agar lif2 itu dibaikpulih oleh Ryoden. Memang keputusan JMB itu tepat sbb lebih baik guna spare part yg original.
Tetapi spare part original ambil masa utk sampai. Kena order dari Jepun. Walau bagaimanapun setelah didesak, Ryoden setuju utk baikpulih 2 dari 5 lif yg hendak dibaiki guna spare part dari kontrak mereka yg lain.
Tapi makan masa 2 minggu juga. Utk baki 3 lif lagi akan ambil masa 4 bulan. Saya telah arah Lembaga Perumahan (LPHS) utk desak lagi Ryoden supaya percepatkan kerja2 baikpulih atau cari alternatif yg lebih cepat.
PENGAJARAN-PENGAJARAN :
( 1 ) UTK REPAIR LIF AKAN AMBIL MASA TERUTAMANYA YG DAH LAMA TAK DISELENGGARA.
( 2 ) PASTIKAN CAJ PENYELENGARAAN DIBAYAR MENURUT JADUAL SUPAYA PENYELENGGARAAN DAPAT DILAKUKAN.
( 3 ) KALAU ADA YG BAYAR DAN ADA YG TIDAK MAKA KESEMUA PENDUDUK AKAN TERSIKSA. ITU SEBAB KERAJAAN NEGERI TELAH MULA DAKWA DI MAHKAMAH MEREKA YG DEGIL TAK MAHU BAYAR.