Skip to main content

AKTIVIS MESTILAH BERUPAYA MENGHADAPI CABARAN MASAKINI.

Saya masih ingat masa final year bertahun-tahun dahulu saya merupakan wakil pelajar dalam Course Committee di mana sebelum kurikulum dirangka, keperluan industri untuk jangkamasa yang terdekat dikenalpasti. Tujuannya adalah supaya para graduan akan menjadi lebih marketable kepada industri. Supaya mereka mempunyai skill yg diperlukan oleh industri jadi senanglah mereka mendapat pekerjaan. Supaya mereka boleh berhadapan dgn cabaran-cabaran di dalam industri.

Ketika itu ada ura-ura kawasan dermaga ("dock area") di bandaraya kami hendak dibangunkan maka telah dicadangkan final year students didedahkan kepada projek-projek pembangunan semula kawasan dermaga.

Mungkin aktivis-aktivis Parti pun perlu begitu. Selain dari "traditional skills", mereka juga mesti memiliki skill-skill semasa yg membolehkan mereka bersaing di dalam dunia yg terbuka. 

Lebih penting bagi kita di Selangor di mana kita adalah kerajaan. Kita tidak mahu aktivis-aktivis kita hebat di antara kita tetapi terpinga-terpinga atau melopong bila bersama rakan-rakan, masyarakat umum atau di dalam kerajaan. 

Kita mahu aktivis kita memimpin dan bukan sekadar menjadi Pak Turut sahaja. Tidak kira di apa peringkat sekalipun. Sama ada di peringkat kerajaan negeri, PBT mahupun jawatankuasa penduduk.

Jadi mereka yg merangka kurikulum utk para aktivis kena buka mata luas-luas. Pandang jauh ke hadapan. Pandang jauh ke luar. Setiap zaman ada cabarannya yg tersendiri. Mereka tidak boleh menutup mata kepada cabaran-cabaran ini. Tidak memadai dgn benda yg sama sahaja kemudian mendakwa org kita telah dipersiapkan secukupnya. Dunia berubah setiap saat.

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...