Wednesday, March 6, 2013

LAWATAN UNTUK MENILAI KEROSAKAN KEPADA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN AWAM YANG DISABOTAJ DI PANDAN JAYA.

Saya akan mengadakan lawatan untuk menilai tahap kerosakan kepada kemudahan-kemudahan awam yang disabotaj di Pandan Jaya.

Kemudahan-kemudahan awam itu yang terdiri dari sebuah dewan orang ramai dan sebuah padang futsal baru sahaja siap dibina awal tahun ini.

Butiran lawatan tersebut adalah seperti berikut,

Tarikh - 7 Mac 2013 ( Khamis )
Masa - 3.00 petang
Tempat berkumpul - Di hadapan Surau Al Falah, Pusat Bandar Pandan Jaya.

Wartawan dan jurufoto dijemput turut bersama untuk membuat liputan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hj Suhaimi 019 759 8622 atau Hjh Musalmah 019 601 5960.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor / Ahli Dewan Negeri Chempaka
6 Mac 2013