SEROJA atau Skim Rondaan Kejiranan bukan ditubuhkan untuk bersaing dengan Rukun Tetangga.
Kawasan perintis bagi skim ini telah dirasmikan di Pangsapuri Taman Puchong Permai pada 10 November lepas oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor
3 kawasan perintis telah dikenalpasti untuk dilaksanakan tahun ini.
Skim ini adalah khusus untuk penduduk pangsapuri-pangsapuri di Selangor yang mahu membuat rondaan keselamatan di dalam kawasan pangsapuri mereka.
Rondaan adalah terhad kepada kawasan-kawasan di bawah bidangkuasa JMC dan MC.
Skim ini adalah sebahagian dari Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria Dan Harmoni yang telah dilancarkan pada tahun 2009.
Oleh itu, ia mempunyai matlamat-matlamat yang lebih luas dari Rukun Tetangga seperti mewujudkan rasa tanggungjawab di kalangan penduduk, menghidupkan semangat gotong-royong dan membanteras vandalisme.
Kerajaan Negeri akan mencarumkan perlindungan takaful untuk setiap sukarelawan SEROJA.
Setiap kawasan pangsapuri yang menyertai skim ini juga akan diberikan vest dan lampu suluh untuk digunakan ketika meronda.
Sekiranya skim ini berjaya di kawasan-kawasan perintis itu, skim ini akan dilaksanakan di 10 lagi kawasan tahun hadapan.
Walau bagaimanapun, bilangan kawasan ini akan ditambah jika terdapat permintaan yang menggalakkan.
Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
14 November 2012
PAS–UMNO : YANG PENTING PERSEFAHAMAN, BUKAN SIAPA MEMIMPIN.
Bagi saya, persoalan siapa yang mengetuai kerjasama antara PAS dan UMNO atau antara PN dan BN bukanlah perkara yang paling penting. Apa yang...
-
Pagi 9 April 2025, bagi pihak NGO Pertubuhan Forum Kesedaran Rakyat Negeri (Fikir Selangor), saya telah menyampaikan sumbangan-sumbangan unt...
-
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan...