Monday, January 9, 2012

DATO' HASAN PERLU BAWA KEPADA MAJLIS SYURA BUKAN KEPADA MEDIA.

Menurut Perlembagaan PAS, Dato' Hasan Ali mempunyai hak untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulamak di atas pemecatan beliau sebagai ahli PAS.

Diharap semua pihak akan menghormati hak beliau ini dan tidak akan membuat apa-apa spekulasi atau keputusan yang terburu-buru sehingga tamat tempoh rayuan atau sehingga Majlis Syura selesai membuat keputusan.

Nasihat saya kepada Dato' Hasan, jangan bawa kepada media tetapi bawa kepada
Majlis Syura yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi di dalam PAS.

9 Januari 2012