Sunday, July 31, 2011

Di Majlis Sambutan Ramadhan ADUN Chempaka dan penyampaian sumbangan kepada masjid-masjid dan surau-surau DUN Chempaka 28 Julai 2011

Setiap masjid telah mendapat RM2,500 dan setiap surau telah mendapat RM1,000. Bantuan ini disampaikan setiap tahun sejak Chempaka diambil alih oleh PAS.

Thursday, July 28, 2011

29 Julai 2011 -Ibrahim dipanggil ke IPD Ampang Jaya

Sdra. Ibrahim Yahya, Penolong Setiausaha PAS Kawasan Pandan di IPD Ampang Jaya setelah mendapat notis 111. Turut kelihatan Tuan Hj Meor Rithuan Md. Said, TYDP dan Sdra. Mamat, AJK Pemuda.

Beliau dipanggil kerana kes ceramah tanpa permit.

Pening kepala memikirkan Polis ada masa buat kerja politik. Di Ampang Jaya ada hanya 168 anggota Polis tapi penduduk lebih 400,000. Ini bermakna nisbah polis kepada penduduk adalah 1: 3,000. Walhal menurut Polis Antarabangsa atau Interpol nisbah ini sepatutnya 1:250.

Jadi hentikanlah kerja-kerja politik seperti menangkap OKU memakai baju Bersih. Tumpukan perhatian untuk menangkap penjenayah. Ragut, pecah rumah dan rompak ada di mana-mana. Lebih baik membanteras jenayah-jenayah ini.

Thursday, July 21, 2011

KENYATAAN AKHBAR
PROGRAM MINUM PETANG BERSAMA ADUN CHEMPAKA DI INDIAN SETTLEMENT, KG. PANDAN, SELANGOR D.E.

Y.B. Tuan Iskandar Bin Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Negeri Chempaka akan bersama-sama di dalam program minum petang bersama rakyat seperti berikut :

Tarikh - 24 Julai 2011 (Ahad)

Masa - 5.30 petang

Tempat - Indian Settlement, Kg. Pandan, Selangor D.E.

Wartawan dan jurufoto adalah dijemput hadir.

Pejabat Exco/Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
22 Julai 2011

KENYATAAN AKHBAR
PROGRAM ADUN CHEMPAKA BERSAMA RAKYAT DAN PERASMIAN TANDAS AWAM, LAMPU TAMAN DAN LAMPU LIMPAH DI KG. BARU AMPANG.

Y.B. Tuan Iskandar Bin Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Negeri Chempaka akan bersama-sama di dalam program bersama rakyat seperti berikut :

Tarikh - 24 Julai 2011 (Ahad)

Masa - 8.30 pagi - 2.00 petang

Tempat - Gelanggang Bola Keranjang, Jalan Youth, Kg. Baru Ampang.

Acara-acara menarik yang akan diadakan adalah :
1.) Pemeriksaan kesihatan
2.) Peraduan mewarna kanak-kanak
3.) Demonstrasi memasak
4.) Pertunjukan mencegah kebakaran
5.) Pameran-pameran

Selain daripada itu, YB Iskandar juga akan merasmikan tandas awam, lampu taman dan lampu limpah yang disediakan dengan menggunakan peruntukan beliau.

Kemudahan-kemudahan tersebut telah diminta oleh penduduk tempatan yang menggunakan gelanggang bola keranjang tersebut dan kemudahan-kemudahan rekreasi di sana.

Wartawan dan jurufoto adalah dijemput hadir.

Pejabat Exco/Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
22 Julai 2011

Sunday, July 17, 2011

Kenyataan Awang Adek hangatkan teori konspirasi menjatuhkan Najib.


Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Husin semalam menyokong teori saya bahawa terdapat konspirasi untuk menjatuhkan Najib sebagai Presiden UMNO dan PM.

Awang Adek dilaporkan berkata Bank Negara Malaysia boleh membekukan akaun sesiapa sahaja yang menyalurkan bantuan kewangan kepada BERSIH 2.0.

Kenyataan itu dibuat di dalam keadaan di mana sepanjang minggu lepas media antarabangsa melanyak kerajaan UMNO-BN Malaysia kerana tindakan keras ke atas rakyat pada BERSIH 2.0.

Adakah Awang Adek tidak tahu implikasi kenyataan beliau? Imej Malaysia yang sekarang begitu buruk selepas 7/9 akan terus menjadi parah. Tetapi kenapa Menteri itu melakukannya?

Tambahan pula kenyataan ini dibuat ketika PM Najib berada di luar negara. Sudah tentu kenyataan tersebut akan memberi tekanan lagi kepada Najib. Adakah ini sebahagian dari konspirasi untuk memberi tekanan ke atas Najib untuk melepaskan jawatan beliau?

Najib telah menjadi bebanan kepada UMNO dan BN. Pak Lah ketika PM telah membiarkan rakyat berhimpunan untuk BERSIH 1.0 walaupun Polis juga turut bertindak. Tetapi untuk BERSIH 2.0 ketika pentadbiran Najib, Polis telah bertindak ke atas rakyat yang datang secara aman seolah-olah mereka adalah pengganas yang lengkap dengan pelbagai jenis senjata. Saya diberitahu seorang Ustaz yang ke Kuala Lumpur untuk membeli kitab telah singgah solat di Masjid India tetapi telah dibelasah oleh SB-SB dan muka beliau ditonyohkan ke tanah. Sejenis gas pula disemburkan ke mukanya mengakibatkan beliau muntah-muntah hingga esok pagi. Saya sebenarnya hairan hanya seorang sahaja yang meninggal dunia pada 7/9.

Hakikatnya Najib telah menjadi bebanan dan pelbagai kisah tentang Rosmah juga memeningkan kepala pimpinan dan ahli-ahli UMNO-BN. Mereka mesti memaksa beliau untuk meletakkan jawatan jika mahu terus relevan.

Idris di Majlis Penutup Kursus Bolasepak Anjuran Bersama PKNS FC dan ADUN Chempaka - 2 Julai 2011.