Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Dialog dan mesra rakyat di Pangsapuri Inai, Pandan Indah 27 Februari 2010.

Acara-acara menarik pagi tadi sempena majlis ramah mesra dan dialog bersama saya sebagai ADUN Chempaka adalah peraduan mewarna kanak-kanak, peraduan menjahit labuci, peraduan menjahit sulam bunga dan sepak raga bulatan. Yang paling bersemangat adalah kanak-kanak kerana hadiah bagi setiap kategori adalah sebuah basikal. Penduduk telah mengajukan beberapa permintaan dan berkongsi masalah-masalah mereka. Di antara projek yang saya akan laksanakan adalah Projek Jom Belajar di mana saya akan meja dan kerusi untuk dewan serbaguna pangsapuri itu bagi pelajar-pelajar mengulangkaji pelajaran atau membuat kerja rumah di sana. Sebelum ini saya membelikan tong-tong sampah untuk mereka dan memasang lampu limpah untuk gelanggang sepak takraw.

Bersama AJK dan aktivis PAS Kawasan Puchong semasa perasmian Pejabat PAS Kawasan Puchong dan pelancaran gerak kerja pilihan raya DUN Seri Serdang pada 26 Februari 2010

Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Cawangan-Cawangan PAS Kawasan Pandan oleh YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS pada 23 Februari 2011.

Sampai tidak cukup tempat duduk, kena pakai tikar.

ISU PELEPASAN KUOTA PERUMAHAN BUMIPUTERA YANG DIBANGKITKAN OLEH BULETIN UTAMA TV3 PADA 21 FEBRUARI 2011.

Saya menafikan laporan Buletin Utama TV3 bertarikh 21 Februari 2011 bahawa Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menghapuskan kuota perumahan Bumiputera di di negeri ini.   Laporan tersebut juga tidak tepat kerana menyebut kuota perumahan Bumiputera di Selangor adalah 30 peratus. Pada hakikatnya kuota tersebut adalah berbeza menurut daerah dan mukim iaitu dari 30 hingga 70 peratus.   Kerajaan Negeri telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan wakil-wakil pemaju iaitu REHDA dan permintaan pelepasan kuota secara otomatik atau "automatic release" telah dibangkitkan oleh mereka. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri setakat ini belum lagi membuat sebarang keputusan tentang "automatic release" yang diminta oleh REHDA.   Kerajaan Negeri telah hanya menubuhkan sebuah syarikat, Syarikat Perumahan Dan Hartanah Selangor, untuk membantu pemaju memasarkan hartanah di bawah kuota Bumiputera. Ini diharapkan dapat meringankan beban para pemaju di samping memastikan

Exco Selangor dirombak?

Penat menjawab soalan dari media dan kawan-kawan sejak semalam tentang berita Exco Selangor akan dirombak. Jawapan saya, saya tidak tahu. Kami tidak pernah bincang di peringkat Exco. Menteri Besar juga tidak pernah membangkitkannya. Kerajaan Negeri di Selangor adalah pakatan 3 parti. Ia bukan kerajaan 1 parti. Sebarang keputusan sebesar ini perlu dibincang dengan ketiga-tiga parti. Sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Menteri Besar yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor belum lagi menjemput saya atau PAS Selangor untuk membincangkan sebarang rombakan. Iskandar A. Samad 21 Februari 2011

Coretan YDP Edisi 47 - AKHIRNYA TERDEDAH SIAPA DALANGNYA

Tahun lepas saya telah menghadiri majlis peramian sebuah masjid di Klang oleh DYMM Sultan Selangor. Di dalam titah ucapan Baginda, Baginda telah mengingatkan AJK-AJK Masjid agar tidak membelakangkan Nazir. Entah kenapa ketika itu saya teringat akan Masjid Nurul Hidayah di Kg. Pandan Dalam. Mungkin disebabkan saya telah menerima aduan bagaimana terdapat AJK, Imam dan Bilal masjid itu yang tidak menghormati sehingga membelakangkan Nazir. Malah saya mendapat laporan bahawa ada di antara mereka yang telah pergi terus kepada Pegawai Agama Islam Daerah atau PAID untuk memburukkan-burukkan Nazir. Saya amat terkejut akan perkara ini kerana Nazir dipilih oleh ahli kariah dan sekiranya terdapat sebarang perselisihan faham maka ia seharusnya diselesaikan secara bermusyuwarah atau di dalam mesyuarat. Saya telah cuba untuk tidak mencampuri urusan masjid dan hanya memberi pandangan kepada Nazir dan beberapa AJK. Walau bagaimanapun saya amat terkejut apabila menerima laporan bahawa nama saya telah tu

Tinta YB dari Selangor Kini

POLIS BANTUAN : MENTERI DALAM NEGERI TERLALU ANGKUH. Saya amat terkejut apabila Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, menolak cadangan Menteri Besar Selangor untuk mewujudkan Polis Bantuan di beberapa bandar raya dan bandar di Selangor. Sepatutnya beliau yang merupakan Menteri yang bertanggung jawab ke atas keselamatan awam mengalu-alukan cadangan dari Kerajaan Negeri Selangor demi kebaikan rakyat. Wakil-wakil rakyat seperti saya kerap menerima tuntutan dari rakyat supaya pihak Polis membuka lebih banyak balai Polis atau pondok Polis. Mereka juga mahu pihak Polis mempertingkatkan lagi rondaan. Tetapi apabila tuntutan-tuntutan ini kami kemukakan kepada pihak Polis, jawapan yang kami selalu terima adalah kami tidak cukup anggota. Saya juga pernah memberitahu bekas Ketua Polis Negeri Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar, bahawa saya bersedia membina beberapa pondok Polis di dalam kawasan saya dengan menggunakan peruntukan saya. Walau bagaimanapun beliau menjawab pi

"Sikap SPR Selangor timbulkan tanda tanya"

PAS Kawasan Pandan tidak berpuas hati dengan senarai pemilih baru yang dipamerkan oleh SPR dari 9 hingga 15 Februari yang baru lalu. Perkara-perkara yang menimbulkan kekeliruan adalah, 1) Pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tanpa nombor rumah. 2) Pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tidak wujud. 3) Pemilih yang dikenalpasti tidak wujud di alamat yang didaftarkan. Kami tidak faham kenapa masih terdapat alamat pemilih tanpa nombor rumah kerana terdapat pemilih-pemilih yang cuba didaftarkan oleh Penolong Pemilih kami tetapi telah ditolak kerana alamat tidak lengkap. Siapa yang telah mendaftarkan mereka? Kami juga ingin menyatakan rasa kesal di atas sikap pegawai-pegawai SPR di pejabat mereka di Shah Alam yang bersungguh-sungguh enggan menerima bantahan-bantahan kami. Kami dapati mereka bertindak kasar dan tidak profesional mahu menolak bantahan-bantahan itu tanpa alasan kukuh. Bantahan-bantahan itu dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh SPR. Sikap SPR

SIDANG AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD TENTANG PENYELEWENGAN DAN KELEMAHAN SPR.

SIDANG AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD (ADUN CHEMPAKA) TENTANG PENYELEWENGAN & KELEMAHAN SPR PADA SEMAKAN DAN BANTAHAN PEMILIH FEB 2011. Tarikh : 21 Februari 2011 (Isnin) Masa : 12.00 tengah hari Tempat : Pusat Khidmat PAS Pandan, M5-B-10, Jln Pandan Indah 4/1, Pandan Indah (Atas Alpha Pharmacy di hadapan Petronas dekat Menara MPAJ). SEMUA MEDIA DIJEMPUT HADIR. HUBUNGI KAMARUL 010-8783402 UNTUK SEBARANG PERTANYAAN

Datuk Khusrin mengangkat sumpah kerahsian di depan MB jam 1.54 petang 16 Februari 2011.

Teringin hendak menjadi Menteri.....

Kita mungkin berada di dalam kedudukan yang paling baik untuk merampas Putrajaya tetapi janganlah ada di antara kita yang terlampau teringin hendak menjadi Menteri atau Timbalan Menteri sehingga sanggup menggadaikan prinsip atau gagal mempertahankan dasar-dasar perjuangan. Janganlah ada yang takut untuk bersuara, menjadi Pak Turut atau menjadi pengampu. Biarlah kita berdiri di atas kekuatan kita sendiri.

Tak berakal???

Berlaku di sebuah restoran di Tasik Permaisuri. Sebab kereta ini, dua petak tempat kereta dihalang. Bukan sekejap diletaknya, tetapi tuannya syok makan di dalam.

Presiden PAS mesti tegas

Percanggahan pendapat secara terbuka oleh pemimpin-pemimpin PAS akan hanya menyebabkan PAS kurang dihormati oleh rakan-rakan Pakatan. Lebih parah lagi jika berlaku hentam menghentam. PAS akan dianggap sebagai parti yang berpecah belah dan tidak bersatu. Presiden PAS perlu bertindak dan tidak hanya berdiam diri seperti sekarang. Disiplin dalam parti sudah seperti tidak wujud lagi. Kami amat merindui akan Ustaz Hadi yang tegas dan berkarisma pada tahun-tahun 80'an dan 90'an. PAS perlu menjadi jurubicara ummah tetapi sekarang ini dilihat hanya sebagai pelakon tambahan. Sekadar untuk membekalkan tenaga-tenaga kerja bila ada demonstrasi atau pilihan raya kecil.

DI MANAKAH NGO-NGO KITA?

Pada bulan Disember tahun lepas saya telah membawa keluarga ke Singapura. Bukanlah saya kagum sangat dengan pembangunan di republik itu tetapi sekadar membawa anak-anak melihat cara orang Singapura bekerja dan hidup. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari sama ada untuk dijadikan tauladan atau sempadan. Yang paling penting bagi saya adalah lawatan ke Geylang Serai. Di situ pernah terdapat kampung Melayu tetapi telah dibangunkan semula dengan pangsapuri-pangsapuri moden. Orang Melayu yang dulunya majoriti di situ sekarang telah menjadi minoriti. Ini berlaku bukan secara kebetulan tetapi adalah hasil dari polisi perumahan di republik itu. Housing Development Board (Lembaga Pembangunan Perumahan) atau HDB yang membina 90 peratus dari kediaman di sana menetapkan bagi setiap pembangunan tidak boleh terdapat lebih dari 28 peratus penduduk Melayu. Ianya adalah polisi yang dinamakan Ethnic Integration Programme (Program Integrasi Kaum) atau EIP. Kita selalu mendengar Kuota Perumahan Bumipute

APABILA TIDAK ADA KESUNGGUHAN

Minggu lepas YB Jenice Lee, ADUN Teratai telah merobohkan gerai-gerai UPEN di pasar Taman Muda. Gerai-gerai itu telah terbiar untuk hampir 3 tahun. Ia adalah untuk menempatkan peniaga-peniaga Melayu di pasar tersebut yang sebelum ini berniaga di gerai-gerai usang di situ. Peniaga-peniaga Cina di pasar itu telah pun mendapat gerai-gerai baru. Walau bagaimanapun, gerai-gerai baru untuk peniaga-peniaga Melayu telah menimbulkan kontroversi. Ia telah dipertikaikan kerana dikatakan dibina terlalu hampir dengan rumah-rumah kediaman dan akan mengganggu penduduknya. Bagi mereka yang mempertahankan gerai-gerai tersebut berkata seluruh pasar Taman Muda terlalu hampir dengan rumah-rumah kediaman dan mengganggu penduduk tempatan. Mereka mempersoalkan kenapa hanya gerai-gerai orang Melayu dipertikaikan. Mereka menganggap ia sebagai satu usaha untuk menghalau orang Melayu keluar dari pasar yang majoriti peniaganya adalah kaum Cina. Kumpulan yang mahu merobohkan gerai-gerai tersebut dipimpin oleh YB J

Perasmian Pertandingan Sepak Takraw Anjuran Masjid Al-Azim Pandan Indah 12 Februari 2011.

Bersama-sama Tuan Nazir dan AJK Masjid Al-Azim, Pandan Indah ke Balai Islam Pandan Mewah 9 Februari 2011.

Bekas bilal pukul AJK masjid

Seorang hamba Allah yg baru dilucut dari jawatan bilal masjid telah sanggup memukul seorang AJK masjid selepas solat Subuh pagi tadi kerana tak puas hati. Berapa sangatlah gaji bilal sebuah masjid? Kenapa disebabkan beberapa ratus RM beliau sanggup mencemarkan kesucian sebuah masjid? Sebab duit semua boleh jadi.

Pentingnya 'samseng Kg Dusun'

Saya telah terbaca dalam sebuah akhbar tabloid minggu lepas tentang seorang ibu yang terpaksa menyerahkan anak dara beliau kepada seorang peniaga warga Pakistan kerana tidak mampu membayar hutang membeli 'carpet'. Bagaimana ini boleh terjadi begini? Kenapa begitu senang warga Pakistan keluar masuk kampung, berniaga tanpa halangan dan membawa lari anak dara orang? Tidakkah ada lagi rasa cemburu pada orang-orang kampung tersebut? Begitu dayus, tidak berdaya berbuat apa-apa sekalipun. Saya pernah menahan 2 orang warga Afrika yang berjalan di Kg. Pandan. Apabila ditanya hendak ke mana, mereka menjawab jalan-jalan. Kemudian saya bertanya, ada kawan di Kg. Pandan dan mereka menjawab tidak ada. Ditanya dari mana, mereka menjawab dari Puchong. Saya amat mencurigai kehadiran mereka kerana mereka berjalan tanpa tujuan. Akhirnya saya menyuruh mereka meninggalkan Kg. Pandan dan balik ke Puchong. Tetapi berapa ramai orang-orang yang mencurigakan seperti ini yang ditahan oleh penduduk tempat

BBQ ADUN Chempaka bersama pemuda-pemuda Kg. Perwira Jaya sempena majlis penerangan Briged Chempaka 31 Januari 2011.