Saya telah mendapat banyak aduan dari penduduk Kg Pandan tentang warga Indonesia yang menjalankan perniagaan di Jalan A dan Jalan F. Rumah-rumah kediaman telah dijadikan kedai makan, kedai jamu, kedai runcit dan sebagainya. Sambungan haram kepada bangunan sedia ada telah dilakukan sehingga ada aktiviti perniagaan yang menghalang lalulintas. MPAJ selalunya akan mengeluarkan saman dan ramai akan berjumpa saya memohon saya menyokong pengurangan saman itu. Selalunya tuan rumah rakyat Malaysia akan datang dan bukan penyewa Indonesia. Tetapi oleh kerana kebimbangan penduduk, di masa akan datang, saya tidak akan menyokong sebarang pengurangan bagi saman rumah kediaman yang digunakan oleh warga asing untuk perniagaan. Saya yakin ini perlu kerana kita tidak mahu Kg Pandan menjadi kampung Indon atau kampung Bangla. MPAJ diharap akan menjalankan satu operasi dengan segera. 31 Oktober 2008
Dato' Iskandar Abdul Samad