Thursday, March 21, 2013
Friday, March 15, 2013
Monday, March 11, 2013
Wednesday, March 6, 2013
LAWATAN UNTUK MENILAI KEROSAKAN KEPADA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN AWAM YANG DISABOTAJ DI PANDAN JAYA.
Kemudahan-kemudahan awam itu yang terdiri dari sebuah dewan orang ramai dan sebuah padang futsal baru sahaja siap dibina awal tahun ini.
Butiran lawatan tersebut adalah seperti berikut,
Tarikh - 7 Mac 2013 ( Khamis )
Masa - 3.00 petang
Tempat berkumpul - Di hadapan Surau Al Falah, Pusat Bandar Pandan Jaya.
Wartawan dan jurufoto dijemput turut bersama untuk membuat liputan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hj Suhaimi 019 759 8622 atau Hjh Musalmah 019 601 5960.
Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor / Ahli Dewan Negeri Chempaka
6 Mac 2013
Tuesday, March 5, 2013
RUMAH MAMPU MILIK KEEMPAT PKNS SIAP DISEMBER 2014.
SHAH ALAM 5 MAC : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal tampil dengan satu lagi Projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang terletak Desa Alam Sekysen U12 yang dijangka berada di siap pada Disember 2014.
PKNS dengan usahasama Debbin Sdn Bhd ini merupakan RMM keempat PKNS selepas projek berkembar 1422 unit di Bukit Botak Selayang, 124 unit pangsapuri di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dan 129 unit rumah teres 1 1/2 tingkat di Antara Gapi Serendah.
"Projek ini menawarkan sejumlah 104 unit pangsapuri dengan keluasan setiap unit antara 750 hingga 850 kaki persegi.
"Dengan rekabentuk yang menarik, projek ini juga menawarkan suasana kondusif dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.
"Seperti juga projek pangsapuri mampu milik PKNS di Bandar Baru Bangi, sebanyak empat unit akan disediakan untuk orang kelainan upaya (OKU)," kata Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.
Othman berkata, projek-projek ini adalah sebahagian daripada perancangan 20 tahun PKNS untuk membina sebanyak 31,000 unit RMM di negeri Selangor untuk tempoh sehingga 30 tahun.
"Pembinaan rumah mampu milik berkualiti ini dijangka akan menelan belanja subsidi lebih RM1.1 bilion," katanya.
Ujarnya, projek ini juga membuktikan yang Kerajaan Negeri dan PKNS juga prihatin dengan kehendak masyarakat bandar dan luar bandar.
Sementara itu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sehingga kini PKNS sudah dapat membina lebih daripada 100,000 unit rumah pangsapuri kos rendah.
Abdul Khalid berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah bagi pembinaan rumah idaman PKNS-Debbin Sdn Bhd di Desa Alam Seksyen U12 di sini.
Turut hadir dalam majlis itu Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad. - Media Selangorku
AGEN INFAQ ISTIQAMAH TERIMA INSENTIF TIGA BULAN.
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Agen Infaq Istiqamah kini akan menerima insentif bersamaan tiga bulan sumbangan bagi setiap peserta baharu yang berja...
-
Pagi 9 April 2025, bagi pihak NGO Pertubuhan Forum Kesedaran Rakyat Negeri (Fikir Selangor), saya telah menyampaikan sumbangan-sumbangan unt...
-
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan...




















