Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

BAB 15 - HULL, DI MANA PERANG SAUDARA BERMULA.

Hull adalah satu bandaraya di timur laut England dan lebih kurang 200 km dari London. Perjalanan ke London adalah 4 jam dengan kereta atau 3 jam dengan keretapi. Dengan penduduk lebih kurang 250,000 ia adalah bandaraya ke 10 terbesar di Britain. Hull adalah sebuah pelabuhan. Terdapat feri-feri penumpang ke Rotterdam di Belanda dan Zeebrugge di Belgium. Bandaraya tersebut terletak terletak di dalam daerah ( county ) Yorkshire yang unik dengan budayanya yang tersendiri. Yorkshire adalah daerah terbesar di England justeru telah dibahagikan kepada beberapa kawasan pendtadbiran iaitu North Yorkshire, South Yorkshire, West Yorkshire dan East Riding of Yorkshire. Hull terletak di dalam East Riding of Yorkshire atau East Yorkshire dan nama lamanya ketika saya tinggal di sana adalah Humberside. Nama itu ditukar dalam tahun 1996. Saya telah menyambung pengajian saya di Hull dalam bidang Senibina ( Architecture ) setelah menduduki peperiksaan A-Levels. Selepas MCE ( SPM ) saya telah ditawarkan un

BAB 16 - PONDOK TELEFON BEWARNA KRIM.

Satu perkara yang unik bagi Hull adalah pondok telefon awam di sana yang bewarna krim. Di seluruh Britain, pondok telefon awam bewarna merah. Pondok telefon merah ini menjadi ikon negara itu yang dikenali di seluruh dunia. Pelancong-pelancong ke sana akan membawa balik model kecil pondok telefon merah itu yang dijual secara meluas di pusat-pusat tumpuan pelancong seperti di kota London. Tetapi tidak di Hull, pondok telefon di sana berwarna krim. Tetapi kenapa sedemikian? Perkhidmatan telekomunikasi di seluruh Britain dikendalikan oleh British Telecom tetapi di Hull sahaja ia kekal di bawah majlis bandaraya ( city council ) di sana. Hanya pada tahun 2007, ia dikendalikan oleh sebuah syarikat, KCOM ( Kingston Communication ) tetapi masih dimiliki 100 peratus oleh majlis. Walau bagaimanapun bukan ini sahaja yang unik tentang Hull. Rumah sewa pertama saya di Hull adalah di Field Street yang merupakan sebuah jalan yang bercantum dengan jalan utama ke bahagian barat bandaraya ini, Holderness

BAB 4 - PELUANG DAKWAH YANG TERLEPAS.

Kami tidak kekal lama di rumah yang dicari oleh senior kami. Kediaman itu adalah di tingkat atas sebuah kedai menjual daging. Kami menyewa dari pemilik kedai tersebut. Di rumah itu hanya terdapat 2 bilik tidur. Kami terpaksa berkongsi satu bilik berdua berbanding dengan kawan-kawan lain yang mendapat satu bilik seorang. Kami merasakan perlu untuk memiliki ruang sendiri. Lebih mudah untuk memberi tumpuan kepada kerja masing-masing. Satu masalah bagi kami adalah bekalan gas. Pemanas ( heater ) rumah kami menggunakan gas. Cuaca di sana sejuk dan pemanas ini amat penting. Masalahnya kami perlu memasukkan duit syiling untuk mendapatkan bekalan. Ini adalah kali pertama kami berjumpa dengan sistem sedemikian. Di Malaysia hanya telefon awam yang menggunakan duit syiling. Masalahnya kotak untuk dimasukkan duit syiling berada di tingkat bawah tanah ( basement ). Di situ sejuk dan gelap. Ketika kami tercari-cari suis lampu terasa seperti Dracula akan melompat keluar. Bayangkan sedang kami membuat

OPS SEJAHTERA JALAN KEMAJUAN, KG PANDAN 28 NOVEMBER 2020.

Penyampaian sumbangan kepada penduduk di sekitar Jalan Kemajuan ( Jalan A ), Kg Pandan bersama Sdra Zahriezan ( Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan  PAS Kawasan Pandan ) dan ahli-ahli PAS Cawangan Jalan Kemajuan, Kg Pandan Pandan yang diketuai oleh Sdra Hanif. Sumbangan adalah di bawah Ops Sejahtera 3.0, PAS Kawasan Pandan.

OPS SEJAHTERA 3.0 KELOMPOK CAMAR 29 NOV 2020.

Penyampaian sumbangan di bawah Ops Sejahtera 3.0, PAS Kawasan Pandan 29 November 2020 di Kelompok Camar, Tasik Permai. Terima kasih di atas kerjasama PAS Cawangan Kelompok Camar pimpinan Tuan Hj Faridi ( Ketua ) dan Tuan Haji Kamaruddin ( Setiausaha ).  PAS Cawangan telah mengenalpasti para penerima agar sumbangan diterima oleh mereka yang memerlukan. Ia tidak disampaikan secara rambang agar mereka yg layak sahaja yang menerimanya.

Karai dekat Kuala Kangsar 6 September 2020.

 

ANDA TIDAK PERLU MENANG...

Anda tidak perlu menang semua pertempuran untuk memenangi peperangan. Pilih dengan bijaksana. Jangan membazir. You don't have to win all the battles to win the war. Choose wisely. Don't waste.

BAB 3 - BELAJAR BERENANG DI LAUT DALAM.

Dari London kami pelajar-pelajar baru telah menaiki bas ke Southampton. Di sana pelajar-pelajar senior telah menunggu kami. Tidak ada sebarang majlis sambutan yang khusus. Kami hanya dibahagi-bahagikan kepada rumah-rumah sewa yang telah disediakan untuk kami. Pelajar-pelajar senior telah mencarikan rumah-rumah dan pembahagian telah dibuat secara rambang. Selepas beberapa bulan terdapat mereka yang merasakan tidak sesuai dengan kediaman mereka dan telah berpindah. Ada di antara pelajar-pelajar baru ditempatkan bersama pelajar-pelajar baru. Ada yang ditempatkan bersama pelajar-pelajar senior. Ada yang ditempatkan di sebuah rumah. Ada yang terpaksa berkongsi bersama tuan rumah. Ada yang ditempatkan di atas kedai. Saya dan 3 lagi rakan telah ditempatkan di atas kedai menjual daging beralamat No. 51, Derby Road. Kebanyakan pemilik rumah-rumah yang kami sewa adalah berketurunan Pakistan. Rumah-rumah tersebut adalah berhampiran di antara satu sama lain. Kami ditempatkan di kawasan yang didiam

BAB 8 - DI ANTARA TOPKAPI DAN DOLMABAHCE.

Istanbul penuh dengan peninggalan-peninggalan dari zaman kegemilangan Daulah Uthmaniyah. Sebagai seorang pelajar Senibina ketika itu saya melihat apa yang pelancong-pelancong biasa tidak dapat melihat atau tidak perasan. Saya tidak hanya kagum dengan rekabentuk atau hiasan tetapi juga kagum dengan struktur dan teknologi yang digunakan oleh arkitek dan jurutera Uthmaniyah. Contohnya Masjid Biru yang mungkin tidak sebesar Masjid Negeri Shah Alam. Masjid Biru hanya boleh memuatkan 10,000 orang walhal Masjid Negeri seramai 24,000 orang. Ketinggian kubah Masjid Biru adalah 141 kaki dan tinggi menaranya adalah 210 kaki. Sementara ketinggian kubah Masjid Negeri adalah 350 kaki dan tinggi menaranya adalah 467 kaki. Walau bagaimanapun Masjid Biru siap dibina dalam tahun 1616 dan Masjid Negeri dalam tahun 1988. Masjid Biru siap dibina 372 tahun sebelum Masjid Negeri. Bayangkan negara kita pada tahun 1616. Adakah telah terdapat bangunan-bangunan sebesar Masjid Biru di negara kita ketika itu? Arki

BAB 7 - DIHALAU DARI MASJID.

Saya telah tiba di Istanbul dalam tahun 1989 beberapa hari sebelum Hari Raya Eidul Adha. Ia merupakan peluang untuk merasai suasana Hari Raya di Turki kerana sebelum itu pernah berhari-raya di England selain dari di Malaysia. Sehari sebelum Hari Raya saya telah bertanya kepada seorang ahli jemaah di Masjid Sultan Ahmad atau Masjid Biru jam berapa solat sunat Hari Raya keesokan hari. Saya terkejut apabila beliau berkata selepas solat Subuh. Selalunya di Malaysia malah di England ianya di antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi. Saya fikir mungkin beliau tersilap kerana ketika itu Subuh masuk di Istanbul pada lebih kurang jam 4.00 pagi. Matahari naik atau syuruk pula adalah lebih kurang jam 6.00 pagi. Adakah solat sunat Hari Raya pada jam 6.00 pagi? Mustahil fikir saya. Tetapi betul apa yang saya diberitahu. Sejurus selepas solat Subuh mereka terus memulakan solat Hari Raya. Mungkin juga kerana mereka akan menunaikan ibadah korban selepas itu. Satu perkara yang menarik selepas solat adalah rama

BAB 6 - BEG DIGELEDAH DI ISTANBUL.

Saya amat tertarik dengan negara Turki kerana sejarahnya yang berkait dengan Daulah Uthmaniyah yang merupakan khilafah Islam yang terakhir. Daulah ini yang dikenali Barat sebagai "Ottoman Empire" telah tumbang selepas Perang Dunia Pertama hasil perancangan Barat dan Yahudi. Ketika saya tinggal di UK pada tahun-tahun 80'an saya dapat melihat kesatuan negara-negara Barat yang begitu padu. Sama ada NATO (North Atlantic Treaty Organisation) atau  EC (European Community) mereka bergerak senada dan ini merupakan kekuatan sumber mereka. Walhal negara-negara Islam pula berpecah dan bercakaran. Ketika itu saya selalu terfikir alangkah indahnya jika negara-negara Islam juga dapat bergerak senada seperti itu. Tetapi saya tidak melihat OIC (Organisation of Islamic Countries) sebagai pencetus kepada perpaduan negara- negara Islam. Saya melihat model sistem khilafah ketika zaman awal Islam sebagai inspirasi saya. Saya mengimpikan ditegakkan semula satu daulah dengan seorang khalifah. T

BAB 10 - MENCARI BALAI POLIS DI PARIS.

Bukan senang hendak mencari Balai Polis di negara yang kita tidak memahami bahasa penduduk tempatan. Begitulah pengalaman saya setelah kamera saya dicuri. Saya telah memohon bantuan dari mereka di asrama belia di mana saya tinggal untuk mencari Balai Polis terdekat kerana mahu membuat laporan Polis tentang kecurian tersebut. Bahasa adalah masalah utama kerana orang Perancis bangga dengan bahasa mereka. Jika anda bercakap Inggeris dengan mereka anda dinasihatkan untuk memulakan dengan beberapa perkataan Bahasa Perancis. Contohnya "Bonjour"  atau dalam Bahasa Inggeris "Good Day" atau "Hello". Kalau mereka membalas dan anda tidak faham, jawab sahaja, "Je ne sais pas" yang disebut "Jer ner say pah" atau "Saya tidak tahu". Kadang-kala walaupun mereka boleh berbahasa Inggeris tetapi jika anda tidak memulakan dengan Bahasa Perancis mereka tidak akan melayan anda. Lebih baik bercakap Melayu dari berbahasa Inggeris kerana dari pengalam