Petang ini bersama Prof Dr Zainal Kidam telah mewakili PAS di dalam dialog bersama delegasi pegawai-pegawai tinggi Republik Singapura. Di akhir dialog telah menerima cenderahati daripada ketua delegasi, Ms Chan Lai Fung, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan ( Permanent Secretary, Ministry of Education ). Pegawai-pegawai tersebut telah mewakili kementerian, universiti dan jabatan republik tersebut termasuk Ketua Angkatan Tentera Laut. Telah berpeluang memberi penerangan dan gambaran sebenar tentang PAS. Mereka telah meluahkan rasa bimbang tentang kemungkinan pengaruh terrorisme di Malaysia. Mungkin mereka mendapat maklumat daripada filem-filem yang memberi gambaran buruk tentang Islam.
Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...