Saya masih ingat ketika Darjah 5 di mana saya teringin sangat hendak memiliki sebuah basikal berjenama "Chopper”. Ketika itu ramai rakan-rakan di Seksyen 14, Petaling Jaya atau di Sekolah Sri Petaling, Petaling Jaya memiliki basikal tersebut. Walau bagaimanapun hajat saya tidak kesampaian kerana saya tidak dibelikan basikal "Chopper" tetapi basikal yang seperti "Chopper". Walaupun bentuknya seperti "Chopper" tetapi ia tetap bukan "Chopper". Saya tidak ingat apakah jenamanya, mungkin "Dragon" atau "Crane". Saya tidak faham kenapa ibu bapa saya tidak membeli jenama "Chopper". Ia hanya beberapa puluh ringgit lebih mahal dari jenama yang ibubapa saya belikan. Ibubapa saya boleh membeli barang yang lebih mahal dari basikal tersebut tetapi tidak mahu membeli basikal "Chopper" saya. Selama beberapa tahun saya tertanya-tanya kenapa saya tidak dibelikan basikal berjenama tersebut. Saya hanyalah faham
Dato' Iskandar Abdul Samad