Friday, March 21, 2014

PERJUANGAN KELUARGA PENJUAL KAIN BAJU....

Malam tadi lebih kurang jam 11.15 ketika melalui tapak pasar malam Taman Kencana saya telah ternampak satu keluarga yang sedang mengemas.

Mereka memang setiap minggu menjual kain baju di situ. Turut bersama adalah kanak-kanak yang berumur sekitar 5 hingga 8 tahun. Amat menyedihkan kerana kanak-kanak lain mungkin telah nyeyak tidur tetapi kanak-kanak ini terpaksa keluar berniaga dengan ibu bapa mereka. Begitulah keadaannya setiap minggu.
Begitu gigih usaha mereka. 

Pengorbanan keluarga itu patut menjadi pengajaran kepada mereka yang hanya mengharapkan bantuan atau subsidi. Mereka yang merasakan masyarakat atau kerajaan WAJIB membantu mereka walaupun mereka itu sihat walafiat dan berkemampuan. Walaupun Allah SWT mengurniakan kesihatan dan akal fikiran namun mereka enggan memanfaatkannya.

Mungkin budaya ini telah sebati dalam masyarakat kita sejak berpuluh tahun. Adakah ia salah Kerajaan Barisan Nasional? Atau salah semua kerajaan termasuk Kerajaan Pakatan Rakyat?

Pada hakikatnya rakyat perlu diberdayakan atau "empower". Mereka tidak seharusnya diajar supaya hanya berpeluk tubuh dan mengharapkan subsidi atau "hand-out". Walaupun yang benar-benar memerlukan mesti dibantu tetapi ketirisan mesti dielakkan. Bantuan mesti sampai kepada sasaran dan tidak seharus diberikan kepada mereka yang tidak layak.

Berbalik kepada keluarga tersebut, mereka adalah orang seberang.....