Kontroversi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak akan menjejaskan Kerajaan Negeri Selangor.
Semua program Kerajaan Negeri terus berjalan seperti biasa. Contohnya hari ini saya telah menghadiri Majlis Dialog Projek Alam Mutiara, Kuala Selangor bersama YAB Dato' Menteri Besar di Stadium Tertutup Kuala Selangor sepertimana yang dirancang.
Begitu juga program Exco-Exco juga akan berlangsung sepertimana yang dirancang. Walau bagaimanapun, saya yakin kontroversi ini akan berakhir dalam masa yang terdekat.
Kontroversi ini juga tidak akan mengganggu gugat kedudukan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor kerana ianya adalah pakatan 3 parti. Buat masa ini belum ada keperluan bagi PAS Selangor untuk merujuk perkembangan ini kepada pimpinan PAS Pusat.
Iskandar A Samad
Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor /
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
18 Januari 2014