KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD : SAYA TIDAK AKAN TUNGGU PIHAK POLIS, SAYA AKAN BINA SENDIRI PONDOK POLIS.
Tragedi yang menimpa eksekutif sebuah syarikat penerbangan, Shahrinawati Abu Bakar, yang meninggal dunia setelah disamun di Taman Cempaka, Ampang amat menyayatkan hati. Sebagai Ahli Dewan Negeri Kawasan Chempaka, saya ingin menyampaikan ucapan takziah saya kepada keluarga Allahyarhama h. Saya mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Juga sebagai Ahli Dewan Negeri, saya merasakan sesuatu yang drastik perlu dilakukan di kawasan tersebut untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berulang kembali. Pejabat saya telah menerima terlalu banyak aduan tentang kejadian jenayah seperti ragut, samun dan pecah rumah di kawasan-kawasan di sekitar Taman Chempaka. Pada 22 Julai lepas, lebih kurang 500 meter dari tempat Allahyarhamah disamun, pegawai dan penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) yang cuba menampal notis pada sebuah gerai haram di Kg Pandan telah diserang dengan parang oleh 7 orang lelaki. Hingga ke hari ini, tidak ada siapa yang didakwa di ...